suria

Lama tersadai, seorang pun tak berhenti! Pakcik tua menangis dua beradik patah balik, bantu isi minyak motosikal

Seorang wanita berkongsi detik membantu warga emas dalam kesusahan.

KISAH seorang warga emas terkandas di tepi jalan akibat kehabisan minyak motosikal mendapat perhatian ramai selepas dikongsikan semula oleh individu yang membantunya.

Dalam video yang dimuat naik di TikTok, Puteri Yana berkongsi detik dia dan abangnya berpatah balik selepas melihat pakcik tersebut cuba meminta bantuan daripada pengguna jalan raya yang lalu lalang.

Menurut Yana, walaupun mengharapkan ada yang sudi menghulurkan bantuan, malang sekali nasib lelaki tua itu kerana tiada siapa sudi berhenti.

Tangkap layar video dikongsikan di TikTok.

"Dari jauh nampak dah pakcik ni minta tolong dekat orang tapi satu kenderaan pun tak nak berhenti. 

"Jadi saya dan abang pun ambil keputusan patah balik tanya dekat pakcik ni kenapa. Masa ni pun memang tengah gerimis," ujarnya menceritakan semula situasi yang berlaku.

Tiba di lokasi, iaitu di Telok Panglima Garang, Selangor, pakcik itu terus memberitahu bahawa motosikalnya kehabisan minyak.

Tanpa berlengah, Yana dan abangnya segera membelikan petrol untuk diisi dalam tangki motor pakcik tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Motor habis minyak, pemuda tak puas hati rider cuma isi RM1 selepas dihulur duit... Rupanya simpan baki untuk beli lampin anak

ARTIKEL BERKAITAN: Motosikal habis minyak, guru terkedu dengar alasan pelajar nak cepat balik lepas dibantu - “Muka rasa macam ditampar”

Dalam video yang dimuat naik, kelihatan abang Yana sedang mengisi minyak ke dalam tangki motosikal pakcik itu sambil diperhatikan oleh warga emas berkenaan. 

Apa yang lebih menyentuh hati, pakcik itu dilihat menyapu air matanya sebaik dirinya dibantu.

"Cuba bayangkan yang minta tolong ni ayah atau datuk anda sendiri. Sedih tau.

Pakcik tu menangis sebab dia sebak ada orang tolong juga akhirnya.

NETIZEN

"Kita ni sudah la tak boleh tengok orang menangis. Nampak pakcik ni menangis lagi kita sebak," luah Yana.

Tambahnya, dia berharap agar pakcik itu diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut turut berasa sebak dan tersentuh dengan keprihatinan Yana serta abangnya.

Antara komen netizen di TikTok.

"Sampai nangis pakcik tu.. betapa dia mengharapkan pertolongan daripada orang yang lalu lalang... Mujur Allah gerakkan hati adik berdua untuk tolong pakcik tu.. Alhamdulillah.

"Pakcik tu menangis sebab dia sebak ada orang tolong juga akhirnya. Mesti dia tak tahu nak buat macam mana nak tolak motor.

"Mungkin tak larat dengan panas lagi, nak hujan lagi... dengan puasa lagi," demikian antara komen pengguna TikTok.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain