TANGGUNGJAWAB sebagai seorang anak sulung yang sudah bekerja sememangnya besar.
Setiap kali tibanya raya, pasti banyak perkara yang perlu difikirkan seperti menyediakan baju baharu, duit raya buat ibu bapa serta adik-adik dan sebagainya.
Tentunya pelbagai persiapan ini memerlukan wang yang bukan sedikit nilainya.
Berdepan dilema yang sama, seorang individu turut berkongsi kisahnya yang terpaksa menghampakan harapan ibu bapanya kerana tidak mampu menyediakan duit raya kali ini.
Pemberian duit raya adalah salah satu cara untuk berkongsi rezeki. -Gambar hiasan
"Aku sedih sebenarnya tapi mak aku baru cakap... mana tahu esok dapat duit raya daripada kakak. Hati ni terus rasa sebak.
"Tak apa ke kalau tak bagi duit raya dekat ibu ayah?" luahnya dalam satu hantaran di grup Facebook, sekadar mahu meminta pandangan warga maya.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri harap sangat suami bagi duit raya, rancang mogok kalau tak dapat... Beza dengan wang belanja bulanan
ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah tunggu dalam kereta, singgah setiap rumah biar anak ‘kerja’ kutip duit raya - “Dah macam sindiket”
Menurut individu berkenaan, dia bagaimanapun tidak melupakan tanggungjawabnya menyediakan baju raya buat seluruh keluarga kerana mahu mereka bergembira menyambut lebaran.
"Aku kurang bajet sangat-sangat. Baju raya ibu ayah, adik-adik aku semua aku beli. Habis banyak dah dekat situ. Tapi mereka mesti harap aku bagi duit raya juga.
"Macam mana aku nak cakap nanti. Salam raya tak ada bagi apa-apa. Sebaknyaa aku Ya Allah," kongsinya lagi.
Seeloknya bagilah sedikit pun tak apa, asalkan ikhlas. Setakat kita mampu.
NETIZEN
Menjengah ruangan komen, warga maya tampil dengan reaksi yang bercampur dengan rata-ratanya menyarankan supaya individu tersebut bersederhana dan menyediakan keperluan buat keluarganya sekadar mengikut kemampuan.
"Seeloknya bagilah sedikit pun tak apa, asalkan ikhlas. Setakat kita mampu. Sebab hari raya setahun sekali sahaja.
Antara komen netizen.
"Saya dulu pernah bagi dekat arwah mak saya RM20 ja sebab itu saja yang termampu.
"Semua benda kau dah payung, apa lagi yang mak ayah kau nak?" komen beberapa netizen.
Namun ada daripada mereka menyarankan supaya individu tersebut berterus terang untuk mengelakkan ibu bapa terlalu berharap dan berlaku salah faham.