suria

Jadi saksi kepayahan dan pengorbanan ibu, Cik B luah perasaan buat Vida dalam ‘Doakan’

Cik B memahami ibunya sibuk dengan tuntutan kerja.

MELIHAT sendiri semua kepayahan dilalui ibu tersayang termasuk perihal kerjaya dan peribadi, anak kepada usahawan sensasi Datuk Seri Vida iaitu Cik B meluahkan rasa tersebut menerusi lagu terbaharunya berjudul Doakan.

Cik B atau Nur Edlynn Zamileen, 18, berkata, dia juga sudah lama memendam perasaan apabila melihat ketabahan ibunya malah tidak pernah menceritakan apa dirasai kepada sesiapa termasuk Vida.

“Saya tulis lagu ini apabila melihat bagaimana mama (Vida) bersusah-payah dalam kehidupan. Saya nak beritahu tapi mama tak dengar. Jadi lagu ini adalah luahan hati saya.

cik b 2

Bagi Cik B, setiap masa bersama ibunya amat berharga.

“Saya ini bukanlah seorang suka meluahkan perasaan. Saya hanya pendam sahaja. Kalau mengadu pun hanya pada bantal,” katanya kepada mStar.

Cik B berkongsi mengenai perkara itu pada majlis pra-dengar lagu terbaharunya itu yang diadakan di Pavilion, Bukit Bintang pada Jumaat.

Mengimbau zaman kanak-kanak, Cik B yang tidak dapat menahan air mata mendedahkan kurang mendapat perhatian seorang ibu memandangkan Vida sering sibuk membangunkan empayar perniagaan yang diusahakan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bila ada boyfriend dia lebih jaga penampilan” - Vida bagi ‘green light’ Cik B cari kekasih, restu kalau anak kahwin muda

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Cik B bukan suka-suka potong rambut pendek macam lelaki, rupanya Vida yang suruh... “Tapi mama gunting tak lawa”

Pun begitu kata Cik B, dia memahami akan pengorbanan dibuat Vida ketika itu dan menganggap wanita istimewa berkenaan anugerah terhebat dalam hidupnya.

“Memang dari kecil saya kurang rasa kasih saya seorang ibu. Mama sibuk dengan kerja dan jarang berada di rumah. Sehinggakan saya rasa kalau dua hari bersama mama sangat bermakna.

Saya ini bukanlah seorang suka meluahkan perasaan. Saya hanya pendam sahaja

CIK B

PENYANYI

“Mama adalah insan yang terhebat Allah kurniakan kepada saya. Mama tak pernah jentik atau pukul saya. Dialah mama, ayah, kawan dan kakak dalam hidup saya,” ujarnya.

Vida yang juga sama ada pada majlis tersebut turut meluahkan rasa kesal kerana tidak dapat memberi perhatian penuh kepada anak-anak.

Sebagai seorang usahawan Vida juga berharap Cik B melihat kesusahannya sebagai satu inspirasi dan dapat meneruskan perniagaan mereka suatu hari nanti.

vida 1

Vida kesal kerana kurang meluangkan masa bersama anak-anak.

“Saya rasa berdosa dan bersalah kerana mengecewakan Cik B. Saya terhutang masa dengan anak-anak. Saya tak tahu macam mana nak balas.

“Saya mahu Cik B belajar di luar negara, mungkin Amerika. Saya mahu dia berjaya dalam perniagaan. Mungkin ambil alih perniagaan saya,” luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain