PENYANYI Fairuz Misran dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 1.30 petang Jumaat di Labuan. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 38 tahun di Hospital Licious Labuan. Berita pemergian penyanyi lagu Untukmu itu disahkan oleh sahabatnya dikenali sebagai Munirah ketika dihubungi mStar pada Jumaat. Punca kematian masih tidak didedahkan. "Benar, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Nukleus Labuan kira-kira pukul 1.30 petang tadi. "Bagiamanapun saya tiada maklumat lebih lanjut mengenai pemergiaannya," katanya ketika dihubungi mStar. Munirah bagaimanapun tidak mendedahkan punca kematian Allahyarham. ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Anna Jobling meninggal dunia ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Kassan meninggal dunia seorang diri di rumah, derita penyakit diabetes sejak 15 tahun lalu Untuk rekod, Fairuz dikenali dengan gelaran klon P. Ramlee susulan mempunyai rupa paras dan vokal mirip dengan seniman berkenaan. Allahyarham juga pernah menjuarai pertandingan bintang P. Ramlee peringkat kebangsaan pada 2012. Fairuz dilahirkan di Sandakan, Sabah namun dibesarkan di Papar sebelum menetap di Labuan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!