suria

Sup ikan jenahak buat suami sedang sakit, aksi Intan Najuwa di dapur buat ramai kagum - “Ini baru berbaloi hantaran mahal”

Intan Najuwa cekap semasa memasak di dapur dapat pujian netizen.

KELINCAHAN pelakon Datin Intan Najuwa lincah memasak di dapur mendapat perhatian peminat yang kagum dengan kebolehannya menyediakan hidangan buat suami.

Intan, 26, berkongsi dia sedang memasak sup ikan jenahak buat suami iaitu Datuk Ahmad Asraf Azman yang dikatakan tidak sihat.

Menerusi video berkenaan dapat dilihat Intan tidak kekok menumis dan memasukkan bahan-bahan membuat sup berkenaan.

Malah aksinya itu membuktikan dia sudah biasa dengan kerja-kerja di dapur.

Intan masaak

Intan masak sup buat suami yang tidak sihat.

"Sup ikan jenahak buat suami saya yang tidak sihat," tulisnya di ruangan kapsyen.

Tidak hanya itu, Intan tidak lokek ilmu berkongsi resepi mengikut caranya tanpa menggunakan sup bunjut.

"Sup saya mudah saja dan sup bunjut pun memang saya tak guna," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa kini isteri ahli perniagaan bergelar Datuk, terima wang hantaran RM222,000

ARTIKEL BERKAITAN: Perkenalan awal diatur rakan, Intan Najuwa sebak akhirnya jumpa lelaki tepat jadi suami

Video yang tidak sampai sehari dimuat naik itu meraih lebih 100,000 tanda suka dan lebih 500 komen yang ditinggalkan netizen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kemahirannya berada di dapur.

Mereka juga mengakui Intan sememangnya layak mendapat hantaran tinggi kerana memiliki ciri-ciri isteri terbaik.

"Ini baru berbaloi hantaran mahal! Pandai, cantik dan memasak pun hebat.

553 (1)

Intan dan suami disatukan pada 18 Ogos lalu.

"Serba boleh betul! cantik pandai masak pandai jaga perut suami. Susah nak cari macam ini.

"Walaupun nampak simple. Tapi itu adalah tanda kasih sayang antara pasangan," antara komen netizen.

Pada 18 Ogos lalu, Intan sah bergelar isteri kepada usahawan Asraf dengan sekali lafaz di satu majlis penuh meriah.

Pada majlis tersebut, Asraf, 39, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM20,000 manakala wang hantaran sebanyak RM222,000.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Sebelum

Artikel Lain