suria

MK makin kelakar, merengek-rengek manja sambil hisap puting pink! Ramai syak ‘hint’ nak timang cahaya mata

MK menangis saat isteri tarik puting yang dihisapnya.

GELAGAT penyanyi rap MK yang mengisap puting bayi berwarna merah jambu sambil bergurau dengan isterinya iaitu Siti Hajar mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat.

Menerusi video yang dikongsi Siti Hajar di TikTok miliknya, MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, dilihat menyuruh isterinya menarik puting berkenaan daripada mulut ketika sedang asyik menghisap sambil berbaring di atas katil.

Sebaik sahaja Siti Hajar menarik puting itu, MK seakan-akan anak kecil menangis sebelum kembali senyap selepas alat itu disumbatkan kembali ke mulutnya.

MKK

MK buat-buat tidur selepas dapat puting dari isteri.

Malah MK dilihat melelapkan mata tidak lama selepas itu.

"Selamat pagi dari anak saya yang super cute!" tulisnya pada bahagian kapsyen video tersebut.

Baru sahaja dimuat naik enam jam lalu, video berkenaan sudah pun meraih lebih 29,000 tanda suka selain 400 komen daripada pengikut.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada dendam Tuju tak hadir hari bahagia, MK ke Masjid Sri Sendayan tunai hajat isteri

ARTIKEL BERKAITAN: MK K-Clique sakat isteri sedang pandu kereta, tapi mata netizen pula pandang tak pakai ‘seat belt’

Menjengah ke ruang komen, rata-rata seakan terkejut melihat aksi manja MK bersama isteri yang jarang-jarang dipaparkan kepada peminat.

Namun ada juga berpendapat video itu seakan-akan petunjuk untuk memberitahu mereka bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

"Macam bagi petunjuk saja. Tak lama dah nak ada baby ni.

Mk k

Antara komen yang ditinggalkan netizen yang terkejut melihat aksi manja MK.

"Allahu terkejut tengok bayi bermisai... Sejak kahwin ni MK makin kelakar ya.

"Makin menjadi-jadi ya MK ni. Makin manja makin rosak. Habis hilang macho dia," antara komen netizen.

Untuk rekod, anggota kumpulan K-Clique itu berkahwin dengan Siti Hajaar Syeikh Nordin, 26, pada 16 Jun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain