suria

[V] Keluarga saling mengenali... Wanita satu industri pilihan Naim Daniel, sasar kahwin sebelum umur 35 tahun

PENYANYI dan pelakon Naim Daniel sedang mengenali hati budi seorang wanita yang juga merupakan individu terlibat dalam dunia hiburan.

Naim atau Muhammad Naim Daniel Baharin, 26, bagaimanapun enggan memperincikan mengenai wanita berkenaan sama ada dia seorang selebriti kerana memilih untuk tidak berkongsi terlalu banyak mengenai perihal peribadi.

Sebaliknya kata Naim, dia akan mendedahkan mengenai hubungannya dengan gadis bertuah itu apabila tiba masanya.

Naim sedang mengenali hati seorang wanita.

Naim enggan mengulas lanjut tentang perhubungan cinta.

"Sebenarnya kalau berkaitan dengan hubungan cinta, saya pilih mengumumkan bila tiba sesuai masanya.

"Apa saya boleh katakan, sekarang kami masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

"Wanita tersebut juga merupakan orang dalam industri... keluarga kami juga saling mengenali," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya pun ada cela" - Naim Daniel sedar diri tidak sempurna, tak mahu lagi terlalu lantang bersuara

ARTIKEL BERKAITAN: "Kejaplah" - Kena jerit minta cepat buat persembahan, peminat kena bebel dengan Naim Daniel

Naim berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada sidang media Konsert Patah Hati 2.0 yang diadakan di Z Botanica by Nicsmann, Damansara pada Rabu.

Berkongsi lanjut mengenai perkara itu, Naim mendedahkan mereka sudah lama saling mengenali namun bibit percintaan baru sahaja berputik.

Penyanyi lagi Sembah ini memberitahu setakat ini mereka belum meletakkan label terhadap hubungan itu termasuk meneruskan ke peringkat lebih serius.

Wanita tersebut juga merupakan orang dalam industri... keluarga kami juga saling mengenali.

NAIM DANIEL

PENYANYI/PELAKON

"Kami tak pernah 'declare' secara rasmi tapi kami tahu kita sentiasa ada untuk satu sama lain.

"Sasaran saya sebelum umur 35 nak tamatkan zaman bujang... Buat masa sekarang kami chill dulu.

"Kalau ada sebarang perkembangan saya akan hebahkan," jelasnya.

naim1 - 1

Naim akan memaklumkan berita gembira apabila sudah tiba masa.

Dalam perkembangan lain, Naim bakal terlibat dalam Konsert Patah Hati 2.0 yang bakal berlangsung pada 23 November depan.

Selain Naim, konsert itu turut membariskan barisan penyanyi popular termasuk Bunkface, Ismail Izzani, Nadeera, Neeta Manis dan Aisha Retno.

Tiket konsert boleh didapati menerusi laman web Ticket2u dengan harga bermula RM185 hingga RM5,000.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain