INSIDEN sebuah kereta tiba-tiba mengundur secara mengejut di hadapan sebuah kedai haiwan di Puncak Alam Selasa lalu rupa-rupanya turut melibatkan isteri dan anak penyampai radio Issey Fazlisham.Issey atau Fazlisham Mat Husin, 35, berkata, ketika kejadian, isterinya iaitu Noor Aimi Jamel bersama dua anak mereka iaitu Cataleya Humairah dan Faaeq Fathiah serta seorang anak saudaranya singgah ke kedai tersebut selepas pulang dari sekolah. Ketika insiden itu berlaku, Faaeq atau Iyyen berada berdekatan pintu kedai berkenaan namun terselamat ketika kereta dipandu seorang lelaki itu tiba-tiba berundur dan melanggar seorang kanak-kanak perempuan.Kelibat Iyyen itu juga turut berjaya dirakam yang menunjukkan dia berada berdekatan pintu dan hampir dilanggar kereta tersebut namun terselamat.Anak dan isteri Issey trauma selepas kejadian."Alhamdulillah semua okay tapi budak-budak sedikit trauma, anak saya Iyyen jadi pendiam malam kejadian tersebut. Isteri saya pun macam trauma, hanya duduk diam."Bunyi kuat sangat, dia sangka kedai itu runtuh. Memang dekat sangat... Alhamdulillah Allah lindungi anak saya, dia tak cedera."Masa itu dia tengah seronok tengok kucing besar-besar dekat kedai itu. Siapa sangka kejadian macam itu nak berlaku," katanya ketika dihubungi mStar.ARTIKEL BERKAITAN: Rumah Allahyarham ibu hangus dijilat api, Issey sebak kenang tempat membesar sudah tiadaARTIKEL BERKAITAN: [V] Issey tak pernah beza kasih sayang antara 3 anak tiri, syukur hubungan sudah akrab macam darah daging sendiriKetika anak saudaranya memaklumkan kejadian, Issye berkata, dia berlari ke kedai tersebut bagi mencari isteri dan anaknya bagi memastikan kedua-dua mereka selamat."Anak buah saya yang hubungi saya, masa itu saya baru nak sampai rumah. Nasib baik rumah kami tak jauh dari kedai itu."Saya terus berlari ke kedai itu... Risau sangat masa itu dengan tak tahu keadaan mereka macam mana. Anak buah cuma beritahu kedai kucing itu ada orang langgar. Risau sangat masa itu dengan tak tahu keadaan mereka macam mana.ISSEYPELAWAK/PENYAMPAI RADIO"Makcik (panggilan isteri Issey) takut dia kata. Saya tak sempat tanya banyak sebab polis pun baru sampai," jelasnya.Dalam pada itu, Issey berkata, dia tidak sempat bertemu dengan mangsa kejadian apabila kanak-kanak itu telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.Bersimpati dengan nasib menimpa kanak-kanak itu namun Issey lega apabila dimaklumkan mangsa berada dalam keadaan baik dan hanya mengalami kecederaan ringan.Kejadian kereta mengundur secara mengejut pada Selasa lalu.Sementara itu, pemandu kereta berkenaan juga ada meminta maaf kepadanya susulan kejadian tersebut."Dia minta maaf dan rasa bersalah sebab kejadian itu sudah melibatkan banyak mangsa."Tujuan saya kongsi pun sekadar untuk kesedaran orang ramai agar ia tidak berulang lagi," ujarnya.Sebelum ini, Issey ada memuat naik video kejadian tersebut dan ramai terkejut apabila penyampai radio itu memberitahu isteri dan dua anaknya berada ditempat kejadian.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!