suria

Mamu menang! ‘Scalper’ putih mata, Sharnaaz Ahmad dapat bidaan nombor plat idaman

Sharnaaz Ahmad berjaya bida nombor yang diingininya.

LUAHAN tidak puas hati disuarakan pelakon Sharnaaz Ahmad terhadap sistem bidaan nombor plat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu JPJeBid membawa hikmah apabila dia bejaya memenangi bidaan nombor plat yang diingininya.

Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, berkata, kemenangan itu turut membuktikan dia berjaya melawan scalper iaitu pihak yang membeli nombor secara pukul dan menjual semula dengan harga lebih tinggi.

"Seperti yang dijanjikan saya telah mendapat keputusan. Alhamdulillah, kita memang. Saya dah dapat (nombor bidaan). Mamu (panggilan dirinya) menang. Syukur berjaya walaupun tak mandi.

"Hari ini saya buktikan sebenarnya saya menang lawan scalper," katanya.

Sharnaaz Ahmad 1 - 1

Sharnaaz berharap peruntukan yang disediakan dapat menaik taraf sistem dengan baik.

Sharnaaz memaklumkan perkara itu melalui video siaran langsung yang dibuat menerusi Instagram pada malam Rabu.

Pelakon itu berkata, kemenangan itu juga merupakan berkat doa netizen yang menontonnya membuat bidaan ketika siaran langsung tersebut.

Dalam pada itu, pelakon filem Jebat itu turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap golongan scalper yang menjual nombor plat bidaan sehingga mengaut keuntungan yang melampau.

ARTIKEL BERKAITAN: Panas hati ‘scalper’ menang bidaan nombor plat, Sharnaaz Ahmad anggap sistem JPJeBid macam tahi kucing

ARTIKEL BERKAITAN: Sharnaaz Ahmad rupanya tauke kedai ais krim, cawangan kelima hadiah hari jadi ke-38

Menunjukkan bukti di Instagram, Sharnaaz berkata, ada nombor plat yang pada awalnya dibida sekitar RM20,000 dijual sehingga RM50,000.

"Saya tidak boleh terima lagi benda kecil ini. Nombor plat M**M hampir RM50,000. Aku berani jamin, paling tinggi dia bida RM20,000 sahaja. Dia untung RM30,000.

"Mungkin dia nak cari makan. Kita faham semua manusia cari makan tapi orang kata berpada-padalah. Kita bukan nak cari gaduh dengan scalper atau JPJ... Kita cuma mahu keadilan," ujarnya.

553

Sharnaaz memaklumkan dia menang bidaan di Instagram.

Sharnaaz sekali lagi berharap agar sistem JPJeBid dapat diperbaiki dan bersifat lebih adil kepada semua rakyat Malaysia yang mahu membida nombor pendaftaran kenderaan.

Sebelum ini, Sharnaaz meluahkan rasa kecewa terhadap sistem bidaan nombor plat tersebut yang dikatakan kurang efisien dan menyusahkan pengguna.

Aktor berkenaan turut berang terhadap scalper yang membeli nombor bidaan secara pukal dan menjualnya semula dengan harga tinggi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain