suria

Instagram tiba-tiba kosong, pihak pengurusan minta beri Yonnyboii ruang bertenang 

Yonnyboii padam semua foto di Instagram miliknya.

TINDAKAN penyanyi Yonnyboii memadam semua foto di akaun Instagram miliknya menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Yonny atau Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 25, juga dilihat memadam kesemua gambar bersama isteri iaitu Nik Nazira Narriman yang pernah dikongsikan dengan peminat sebelum ini.

Susulan itu timbul pelbagai spekulasi tentang tindakannya itu termasuk status rumah tangganya dengan Nik Nazira, 24 tahun.

YONNY1 - 1

Yonnyboii mahu diberi ruang untuk menenangkan diri.

Menjelaskan perkara itu, syarikat pengurusan Universal Malaysia memberitahu Yonny berada dalam keadaan baik dan memohon diberi ruang seketika sebelum kembali aktif dalam karier seni.

"Insya-Allah Yonny okay. Doakan dia baik-baik saja. Buat masa sekarang kita beri dia masa dan ruang untuk bertenang.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen desak peminat wanita dipenjara, cium Shah Rukh Khan tanpa rasa malu

ARTIKEL BERKAITAN: Matty Healy buat hal lagi, kali ini cium vokalis Blink 182... Tom DeLonge sempat perli Malaysia

"Sampai masa nanti, Yonny akan muncul dan kembali semula," kata wakil syarikat berkenaan iaitu Anne Mukhtar.

Kali terakhir, Yonny muncul dengan single baharu berjudul Flas & Dash, kolaborasi bersama Guccismith yang mencapai 200,000 tontonan di YouTube.

Pada Julai lalu, Yonny memaklumkan isterinya selamat melahirkan cahaya mata pertama di sebuah hospital di Petaling Jaya.

Bayi lelaki seberat tiga kilogram itu diberi nama sebagai Kairo.

Untuk rekod, Yonny mendirikan rumah tangga dengan Nazira pada 20 November 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain