suria

Janna Nick ke Makkah 2 minggu, tempoh paling lama berjauhan dengan suami

Janna akui rindu Dini apabila lakukan sesi penggambaran di Makkah pada 10 September ini.

PELAKON Janna Nick terpaksa menahan rindu terhadap suami Dini Schatzmann apabila bakal berjauhan selama dua minggu bermula 10 September ini.

Janna atau Nurul Jannah Muner, 28, berkata, ia merupakan tempoh paling lama mereka berpisah selepas mendirikan rumah tangga pada 10 Jun lalu.

Aktres itu memberitahu dia bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menyelesaikan baki penggambaran drama bersiri Surat Dari Tuhan di sana.

Janna rindu Dini 1 - 1

Janna bakal berjauhan dengan Dini selama 10 hari.

"Sekarang tengah sesi penggambaran drama Surat Dari Tuhan dengan Umi Nazeera, Shukri Yahaya dan beberapa artis lain.

"Drama ini akan melakukan penggambaran di Tanah Suci Makkah selama dua minggu. Ini paling lama (berjauhan) dengan suami selepas berkahwin," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Ciuman buat Dini cukup romantik... Tak sia-sia Janna Nick datang jadi penyokong, dapat pula hadiah dari suami

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu masalah radang usus berulang, Janna Nick jaga perut macam bayi... Hanya ambil makanan lembut

Janna berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Teater Muzikal Kanak-Kanak Pak Pandir dan Labu Ajaib yang diadakan pada Rabu lalu.

Dalam pada itu, Janna berkata, dia pada awalnya mahu membawa Dini ke Makkah namun atas dasar profesional dia membatalkan hasrat itu.

Ini merupakan tempoh kami berjauhan yang paling lama selepas berkahwin.

JANNA NICK

PELAKON

Kata Janna, tidak manis jika Dini mengikutnya ke Makkah bimbang menggangu urusan kerja yang perlu diselesaikan dalam tempoh dua minggu.

"Sebenarnya nak bawa Dini sekali, tapi sebabkan atas urusan kerja, jadi tidak manis kalau angkut (bawa) sekali suami. Sebab pada saya, kerja adalah kerja.

"Kalau Dini ikut pun, takut mengganggu sebab kita bekerja. Saya sangat profesional. Walaupun tersiksa, tapi kerja tetap kerja,"ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain