suria

Bapa Anna Jobling meninggal dunia

Bapa Anna Jobling meninggal dunia pada Khamis.

BAPA pelakon Anna Jobling iaitu Abdul Rahman Jobling Abdullah meninggal dunia pada malam Khamis.

Berita pemergian Abdul Rahman dimaklumkan sendiri oleh Anna melalui hantaran di Instastory miliknya pada Jumaat.

Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 23, bagaimanapun tidak mendedahkan punca kematian bapa kesayangannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling bukan jenis boros, ada akauntan peribadi urus kewangan... Pasang impian beli rumah

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini pengalaman pertama saya...” - Anna Jobling gigih belajar bahasa Indonesia, tinggal di Bali selama sebulan

"Ayah saya, Abdul Rahman Jobling Abdullah menghembuskan nafas beliau yang terakhir pada malam tadi," katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu menyifatkan Allahyarham sebagai seorang bapa yang baik dan sentiasa memberi sokongan kepadanya.

Anna turut memohon doa orang ramai dan bacaan al-Fatihah buat bapanya.

"Anna mohon jasa baik anda semua sedekahkan Al-fatihah untuk arwah," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain