suria

Nabila Huda bercuti ke Osaka, mahu buang ‘saka’ watak Noraini

Bercuti ke luar negara adalah cara Nabila 'lari' daripada watak.

SEGELINTIR pelakon pasti terbawa-bawa dengan karakter yang dilakokan meskipun pengambaran sudah lama tamat, pelakon Nabila Huda juga tidak terkecuali berdepan situasi sama.

Kata Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 40, percutian ke luar negara adalah cara untuk dia 'keluar' dari setiap watak yang pernah dibawakan sebelum ini.

Dia menyifatkan cara tersebut seperti membuka lembaran baharu buat dirinya bersedia dengan karya akan datang.

Copy of Untitled - 2024-07-14T165650.880

Nabila berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram.

"She (panggilan Nabila) dah kerja keras, pastu she bercuti... tahu-tahu sampai Osaka!

"She nak buang saka Noraini kat Jepun, balik nanti buka buku baru, terus kan dengan watak baru pula," katanya.

Nabila berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram memaparkan video percutiannya ke Osaka, Jepun Bersama keluarga.

Pelakon itu baharu sahaja selesai menjalani penggambaran drama arahan Erma Fatima berjudul Jangan Tinggal Abang, Dik (JTAD).

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan buat macam saya bermasalah” - Nabila Huda ‘basuh’ syarikat produksi putar belit isu hutang

ARTIKEL BERKAITAN: Berharap timang anak kedua, Nabila Huda kerja keras untuk hamil... Tidak rancang buat IVF

Selain Nabila, ia turut menampilkan barisan pelakon seperti Adi Putra, Fatiya Latiff, Elly Mazlein dan Adira Suhaimi.

Dalam pada itu, Nabila mengambil peluang untuk membeli belah pakaian baharu untuk watak seterusnya sepanjang percutian tersebut.

"Jangan tanya kenapa percutian pendek bawak bagasi besar okay!

"Kita nak beli belah baju untuk karakter seterusnya kat sini saja terus. Senang!" ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain