suria

Guna suara AI perdaya mangsa, Siti Nurhaliza tak pernah tawar hadiah wang tunai

Scammer menggunakan suara Siti untuk menipu masyarakat.

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak pernah terlibat dalam sebarang pertandingan yang menjanjikan wang tunai sebagai habuan.

Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 45, memberi peringatan kepada peminat agar tidak terpedaya dengan tipu sindiket penipuan atau scammer.

"Tolong sampaikan, sebarkan, nasihat dan maklumkan kepada kaum keluarga, sahabat handai dan rakan-rakan anda bahawa saya tidak pernah membuat pertandingan atau dengan tujuan memberi wang tunai kepada sesiapa.

Siti berharap masyarakat tidak terpedaya dengan taktik penipuan scammer.

Siti berharap masyarakat tidak terpedaya dengan taktik penipuan scammer.

“Jangan terpedaya apabila menerima mesej, panggilan video dan sebagainya," katanya.

Siti berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad.

Menerusi perkongsian dibuat, Siti turut memuat naik video memaparkan rakaman suara tiruan miliknya yang digunakan untuk tujuan penipuan.

ARTIKEL BERKAITAN: "I'm watching you"... Siti Nurhaliza bimbang peminat tertipu teknologi AI, ada pihak guna nama dan wajahnya jual produk

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pekerja saksi kebaikan Siti Nurhaliza dan Datuk K, bayar RM90,000 siapkan rumah selepas ditipu kontraktor

Kata Siti modus operandi scammer menggunakan nama, akaun media sosial, gambar dan suaranya menerusi teknologi artificial intelligence atau AI.

"Palsu, jangan percaya scammer. Ini adalah salah contoh kes cubaan menipu menggunakan nama, akaun media sosial ada nama dan gambar saya.

“Siap letak suara AI untuk yakinkan orang ramai dan selebihnya ambil mana-mana video live saya dengan tujuan nak perangkap supaya orang percaya," ujarnya.

Siti kesal masih ramai individu tidak bertanggungjawab menggunakan namanya untuk menipu.

Siti kesal masih ramai individu tidak bertanggungjawab menggunakan namanya untuk menipu.

Sebelum ini, Siti memberitahu sudah banyak penipuan yang dilakukan menggunakan namanya untuk tujuan memperdaya masyarakat terutamanya golongan warga emas.

"Telah banyak kes penipuan menggunakan nama saya dan sudah berlangsung lama, saya sangat berharap agar semua pihak berhati-hati.

“Scammer ini mencari sasaran orang yang berusia (warga emas) untuk mempedaya dengan tawaran hadiah wang tunai. Mereka sebenarnya penipu, scammer," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain