suria

Bella Astillah mohon maaf pada semua, berangkat ke Tanah Suci tunai umrah

Bella sempat memohon maaf kepada semua sebelum berangkat ke Tanah Suci.

SELESAI sahaja urusan penceraiannya, pelakon Bella Astillah berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan umrah pada pagi Ahad.

Berkongsi berita gembira berkenaan, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, mengharapkan doa agar urusannya sepanjang di Makkah lancar.

"Bella akan berangkat ke Tanah Suci Mekkah bagi menunaikan ibadah umrah insha-Allah.

Copy of Untitled - 2024-07-14T124419.758

Keberangkatan Bella ditemani keluarga dan kenalan rapatnya.

"Mohon doanya agar ibadah ini dapat terlaksana dengan baik dan diterima oleh Allah," katanya.

Bella menjelaskan perkara itu menerusi hantaran di Instagram pada Ahad.

Dalam pada itu, pelakon itu sempat menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua pihak yang mengenali dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah pesan Ayden hormati wanita, anak ‘cahaya’ ketika dalam kegelapan

ARTIKEL BERKAITAN: Tangisan Bella Astillah nampak real, netizen kagum mampu mengalirkan air mata depan kamera

"Saya mohon maaf seikhlas hati dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kepada semua seandainya ada kesalahan baik disengaja mahupun tidak disengaja," ujarnya.

Bella pada 13 Mac lalu nekad memfailkan cerai terhadap pelakon Aliff Aziz selepas bekas suaminya dicekup khalwat dengan Ruhainies oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada 9 Mac 2024.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4 tahun.

Pasangan ini pernah bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali berlaku curang namun kembali rujuk ketika dalam tempoh idah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain