BIMBANG timbul salah faham, usahawan Datuk Seri Adnan Abu memaklumkan tempoh idah bekas isterinya iaitu Sharifah Norshafila Hashim sudah pun selesai selepas mereka bercerai 14 Mei lalu. Melepaskan tanggungjawab sebagai seorang suami, Adnan atau mesra disapa Datuk Red, 46, juga merasa sedih dan tidak menyangka tempoh edah itu berlalu pantas tanpa disedari. "Tamatlah perkahwinan 19 tahun yang kami bina. Hari ini (Sabtu) tamatlah tempoh edah. Selepas ini kalau nampak Fila (Sharifah) keluar berjalan-jalan-jalan, dia bukan tanggungjawab saya lagi. Adnan berasa sedih apabila tempoh idah dirasakan terlalu pantas berlalu. "Tak sangka cepat habis tempoh edah. Saya kena umumkan ini kerana takut nanti kalau ada yang nampak dia keluar rumah menimbulkan fitnah pula," katanya. Adnan berkongsi perkara tersebut menerusi satu sesi siaran langsung di laman TikTok miliknya. Sharifah yang turut ada bersama ketika itu pula menjelaskan dia telah melalui proses tiga kali suci haid seperti mengikut ketetapan hukum Islam. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Datuk Red kini duda... Selepas Adira, isteri pertama pula dicerai talak satu ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Red dah tak merajuk, pulang rumah isteri pertama selepas 5 hari bawa diri Meskipun belum cukup tiga bulan bercerai, namun Sharifah memberitahu kiraan tempoh edah itu mengikut kitaran haid yang dilalui dua kali sebulan. Sementara itu Adnan juga memaklumkan bekas isteri keduanya iaitu penyanyi Adira masih dalam tempoh edah walaupun lafaz cerai dibuat sebelum Sharifah. Dalam masa sama Adnan juga turut mendoakan kebahagian buat Sharifah dan menasihati bekas isterinya itu sentiasa berpegang teguh pada agama. Adnan mendoakan kebahagian buat Sharifah. "Saya doakan dia bahagia dan berjaya. Kalau jumpa jodoh baru pun saya tidak kisah, apa boleh saya buat. Yang penting tahu jaga batas dan solat. Selepas ini tiada siapa nak tegur dah. "Tempoh edah dah habis, ibarat burung lepas sangkar... boleh hinggap di mana-mana dahan, saya tunggu di bawah," ujarnya. Adnan berkahwin dengan Sharifah pada tahun 2005 dan mereka memiliki lima orang cahaya mata. Sementara dengan Adira pula dia dikurniakan empat orang anak hasil hidup bersama selama sembilan tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!