suria

Belum sedia sepenuhnya, Iera Milpan kini tidak lagi bertudung... Mohon jangan salahkan ibu bapa

Banyak kecaman diterima selepas Iera tidak lagi berhijab.

PENYANYI Iera Milpan tidak terlepas daripada menerima kecaman selepas kembali tampil tanpa memakai tudung.

Menerima baik setiap pandangan dan teguran, Iera atau Syahirah Milpan, 22, bagaimana pun berharap kata-kata tersebut tidak menyentuh kedua ibu bapanya.

"Ramai yang menegur termasuk dalam kalangan keluarga juga. Tapi mereka yang menegur itu tidak boleh nak paksa apa yang saya buat.

iera milpan 2

Iera tampil berhijab Ramadan lalu.

"Kalau nak kecam tentang penampilan, suara atau diri saya tiada masalah. Cuma tolonglah jangan libatkan kedua ibu bapa. Ada yang keterlaluan sehingga melemparkan kata-kata buruk kepada mereka," luahnya kepada mStar.

Iera sebelum ini mendedahkan hatinya terbuka untuk mengenakan hijab pada 1 Ramadan lalu selepas mendengar ceramah berkaitan aurat.

Bagaimanapun menerusi perkongsian terbaharu di laman Instagram penyanyi lagu Retak Hatiku ini dilihat tidak lagi memakai tudung.

ARTIKEL BERKAITAN: Menangis dengar ceramah tentang aurat pada malam pertama tarawih, Iera Milpan terbuka hati berhijab sejak 1 Ramadan

ARTIKEL BERKAITAN: Teruk Iera Milpan kena sembur nyanyi live ke ‘laut’, persembahan terganggu sebab menangis

Mengakui belum bersedia sepenihnya, Iera juga menafikan tindakannya itu disebabkan tuntutan kerja.

"Saya buka tudung bukan sebab kerja, ini adalah diri saya sendiri. Mungkin sebelum ini hati saya belum bersedia 100 peratus.

"Jika orang bercakap tentang hal ini, saya juga terima dengan baik kerana ini salah sendiri," ujarnya.

iera milpan 3

Tindakan buka tudung bukan sebab tuntutan kerja.

Iera juga lebih selesa mengambil pendekatan untuk tidak mengulas panjang berkenaan penampilannya itu kerana sedar ia adalah satu isu yang sensitif.

Penyanyi ini sebaliknya berharap doa orang ramai supaya dia berubah ke arah lebih baik.

"Buat masa ini saya boleh katakan on and off bertudung. Saya tidak mahu bercakap lebih soal penampilan ini.

"Saya minta maaf kepada semua kerana ramai yang tidak suka. Saya hanyalah manusia biasa yang juga melakukan kesilapan. Doan yang baik-baik buat saya," ucapnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain