suria

Tak pernah ‘spot checks’ telefon suami, Marsha Milan bimbang undang rasa curiga

Marsha dan suami saling percaya antara satu sama lain.

SEMBILAN tahun melayari bahtera perkahwinan, penyanyi Marsha Milan tidak pernah terfikir memeriksa telefon milik suaminya.

Marsha atau Marsha Milan Londoh, 39, walaupun mengetahui kata laluan telefon suami dia tidak mahu tindakan itu nanti akan mengundang rasa curiga atau tidak percaya kepada pasangan.

“Walaupun kami saling tahu kata laluan telefon masing-masing namun saya tak pernah terfikir nak periksa.

marsha 3

Marsha juga bimbang dengan isu orang ketiga yang menjadil bualan ramai.

“Bagi saya kalau periksa nanti boleh mengundang rasa kurang senang dan tidak percaya di antara pasangan.

“Bagi kami kepercayaan antara satu sama lain lebih utama,” katanya kepada mStar.

Marsha berkongsi perkara itu selepas majlis perjanjian kerjasama antara Alternate Records & Talents dan Universal Music Malaysia yang berlangsung di Petaling Jaya pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Elak tidur asing walau bertengkar cara Marsha Milan jaga keharmonian rumah tangga

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 10 tahun tinggal dengan mentua, Marsha tak terfikir nak pindah... “Ada je ruang privasi di rumah tu”

Dalam pada itu, Marsha juga tidak terlepas perasaan takut perkahwinannya diuji dengan kehadiran orang ketiga.

Apatah lagi kata Marsha, isu tersebut semakin menular sejak kebelakangan ini termasuk dalam kalangan selebriti.

Marsha berkata, sebagai isteri dia hanya mampu berdoa agar rumah tangganya dilindungi daripada anasir tidak baik.

Bagi kami kepercayaan antara satu sama lain lebih utama

MARSHA MILAN

PENYANYI

“Kalau timbul isu macam ini saya takut nak beri pandangan sebab sedar perkahwinan sendiri perlu dijaga.

“Suami saya seorang ‘family man’ dan dia banyak menghabiskan masa di rumah... Rasanya saya yang lebih banyak keluar atas sebab urusan kerja.

“Walaupun suami jarang teman saya ke majlis hiburan tapi dia sentiasa ambil tahu perkembangan saya dan pastikan kami ada masa bersama,” jelasnya.

marsha 2

Marsha kini sibuk siapkan album baharu.

Untuk rekod, Marsha mendirikan rumah tangga dengan Mohamed Shaiful Nizam, 38, pada 31 Disember 2015.

Bercakap tentang perkembangan karier seni, Marsha memberitahu sedang dalam proses menyiapkan album terbaharunya yang bakal dipasarkan tidak lama lagi.

Disebabkan itu juga dia terpaksa menolak banyak tawaran berlakon agar fokus dapat diberikan kepada bidang nyanyian.

"Memang rindu nak berlakon tapi buat masa sekarang saya banyak tolak. Saya perlu fokus untuk siapkan album ini terlebih dahulu.

"Dalam album itu nanti ada pelbagai genre lagu untuk beri kelainan kepada pendengar. Saya anggap ia sebagai satu hidangan istimewa dengan pelbagai rasa," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain