suria

Zara Zya kembali ‘berkampung’ di hospital, terkena jangkitan kuman selepas pembedahan

Zara kini masih dalam rawatan akibat jangkitan kuman.

PELAKON Zara Zya sekali lagi terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman.

Menurut Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 39, jangkitan berkenaan berlaku di bahagian kesan pembedahan membuang cyst dan fabriod yang dilakukan sebelum ini.

“Saya terkena jangkitan kuman pada bahagian pembedahan yang dibuat sebelum ini.

TOP zara - 1

Zara sebelum ini jalani pembedahan cyst dan fabriod.

“Sekarang masih dalam rawatan antibiotik sehingga sembuh dan tidak tahu berapa lama akan berada di hospital,” katanya kepada mStar.

Zara dimasukkan ke hospital sejak Khamis lalu.

Pelakon berkenaan turut berkongsi gambar dia menerima rawatan dan secara berseloroh memberitahu tidak suka berada untuk kembali ditahan ward.

ARTIKEL BERKAITAN: Terpaksa berkampung di hospital tapi Zara Zya masih sempat ‘lari’ selesaikan kerja

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor kesan pelbagai masalah kesihatan, Zara Zya bakal jalani pembedahan

“Saya beritahu doktor bahawa saya alergik dengan hospital, namun dia tidak faham akan gurauan itu,” ujarnya.

Hujung Mei lalu Zara selamat menjalani pembedahan cyst dan fibriod selain menerima rawatan selepas dikesan mengalami masalah sakit pada bahagian tulang belakang atau sindrom lumbar facet.

zara1 - 1

Doktor mengesan pelbagai masalah kesihatan pada Zara.

Meskipun terkena jangkitan kuman, namun kata Zara pembedahan tersebut membuatkan kesihatan dia kini semakin baik.

"Sakit akibat pembedahan itu semakin baik. Insya-Allah semuanya akan kembali pulih," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain