suria

Terbengkalai sebab tak bayar gaji pekerja, Chef Wan bakal saman kontraktor rumah ibu

Chef Wan bertindak menyaman kontraktor tersebut kerana tidak mahu orang lain turut menjadi mangsa.

TIDAK berdiam diri selepas menjadi mangsa penipuan kontraktor pembinaan rumah, Cef selebriti Datuk Redzuan Ismail bakal mengambil tindakan undang-undang.

Kata Redzuan atau mesra disapa Chef Wan, 66, berkata, dia tidak kisah soal menang atau kalah sebaliknya mahu memberikan iktibar agar orang lain tidak menjadi mangsa.

Jelasnya, dia mahu mengambil tindakan selepas tidak berpuas hati dengan hasil kerja ditunjukkan selain proses ubah suai kediaman Allahyarham ibunya di Raub, Pahang.

Copy of Untitled - 2024-07-13T151745.450

Chef Wan berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di Instagram.

"Disebabkan hasil kerja yang teruk dan kerja terbengkalai, saya akan ambil tindakan undang-undang.

"Banyak sangat kontraktor yang suka menipu orang!

"Tak kisah menang atau kalah, niat saya hanya mahu beri pengajaran kepada mereka supaya tiada sesiapa akan ditipu pada kemudian hari," katanya.

Chef Wan menjelaskan perkara tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagaram pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah bayar RM420,000 kepada kontraktor, projek ubah suai rumah ibu Chef Wan terbengkalai - “Nak tolong bangsa sendiri tapi...”

ARTIKEL BERKAITAN: 4 bulan tidur hotel, ubah suai rumah tak siap-siap... Nora Danish bagi tempoh sampai minggu depan

Simpati dengan pihak yang senasib dengan dirinya, Chef Wan mengutuk sekerasnya tindakan kontraktor yang tidak bertanggungjawab memakan hak orang lain.

"Lebih kasihan kepada mereka yang menunggu sepanjang hidup mereka untuk ubah suai rumah hasil dari titk peluh mereka yang halal dan menabung sekian lama.

"Mungkin itu sahaja yang mereka ada dan mampu tetapi tiba-tiba kena tipu, apa nasib mereka?

"Sangat memalukan sikap kontraktor macam ini!" ujarnya.

Copy of Untitled - 2024-07-13T151804.822

Chef Wan terkejut apabila kontraktor tersebut turut culas membayar gaji pekerja.

Dalam hantaran lain, Chef Wan turut mendedahkan kontraktor berkenaan turut culas membayar gaji pekerja menyebabkan kerja-kerja pengubahsuaian rumahnya tergendala.

"Seorang pekerja cakap yang dia dah tidak dibayar gaji sejak Raya Haji lagi, ramai kawan-kawan dia terima nasib yang sama.

"Gaji tak bayar macam mana dia nak kerja lagi, itulah sebab terbengkalai," ujarnya.

Sebelum ini, Chef Wan meluahkan rasa bengang apabila kerja-kerja ubah suai kediaman tersebut terbengkalai meskipun sudah membayar 80 peratus kos projek iaitu RM420,000 kepada kontraktor.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain