suria

Sikap anak sulung sejukkan hati Anzalna, Eidress selalu beri duit untuk ‘shopping’

Anzalna tidak sabar melihat sikap anaknya apabila dewasa kelak.

TERHARU dengan kasih sayang daripada anak sulungnya, pelakon Anzalna Nasir menyifatkan Mohamad Eidress sebagai seorang kanak-kanak yang sangat romantik.

Kata Anzalna atau Nur Anzalna Md Nasir, 36, meskipun Eidress baharu berusia lima tahun namun dia bijak mengambil hatinya dengan memberi pelbagai hadiah tidak dijangka.

Bukan itu sahaja, Eidress juga tidak pernah kedekut walaupun masih tidak mempunyai wang sendiri.

eidress 1

Anzalna bersyukur dapat anak seperti Edriess.

"Alhamdulillah Allah kurniakan anak sulung lelaki yang sangat penyayang. Selalu belai rambut saya, peluk dan cium mommy dia selalu.

"Setiap malam sebelum tidur akan cium peluk dan suruh mimpi dia. Sangat romantik! Selalu bagi saya bunga hiasan dalam rumah. Yang paling penting tak kedekut!

"Sentiasa belanja mommy dia. Kalau buka dompet Versace dia selalu bagi saya duit suruh saya shopping. Walaupun duit dalam dompet dia tak seberapa tetapi niat dia yang baik tu buat saya terharu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Duit bukan segalanya, anak sulung Anzalna dapat hadiah RM10,000 serta dompet mewah sempena hari jadi ke-5

ARTIKEL BERKAITAN: Tak harap duit suami, Anzalna Nasir berhabis demi anak guna wang sendiri

Anzalna berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya.

Dalam pada itu, Anzalna mengakui dia sentiasa terhibur dengan ragam anak sulung yang masih belum mengenai nilai wang.

Namun dia tidak sabar melihat anaknya dewasa kerana sikapnya yang dianggap sangat menyejukkan hati.

"Tapi kadang dia buang duit dia dalam tong sampah! Dia fikir kertas kosong ke apa anak oh anak... Sumpah tak sabar nak tunggu dia besar.

anzalna 3

Anzalan bersama suami dan anak-anaknya.

"Walaupun baru berusia lima tahun tapi dia boleh terfikir apa yang boleh membahagiakan mommy dia. I love you so much Eidrees! Terima kasih selalu manjakan mommy," kongsinya.

Untuk rekod, Anzalna mendirikan rumah tangga bersama suaminya iaitu Hanif Zaki pada 2016.

Pasangan ini memiliki dua orang cahaya mata iaitu Eidrees dan Mohamad Emirhan, 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain