KETIKA perih rumah tangga mereka menjadi bualan ramai, pelawak Harith Iskander masih mengekalkan hubungan baik dengan isterinya iaitu Dr Jezamine Lim. Menerusi perkongsian di laman Instagram, kedua-duanya meluangkan masa menyertai pertandingan pickle ball bersama tiga anak mereka. Malah Harith dan isterinya itu juga turut sama-sama merakamkan gambar dengan anak-anak mereka. Harith dan Jezamine masih kekalkan hubungan baik. "Kali kedua bermain pickle game dan kami menyertai pertandingan. Satu keluarga menyertai pertandingan," tulis Dr Jezamine di Instagram miliknya pada Sabtu. Perkongsian tersebut mendapat respon pengikut yang rata-rata berharap mereka tidak akan berpisah. "Saya harap kamu berdua tidak akan bercerai. Anak-anak akan dihantui perkara ini dan menjadi mangsa. ARTIKEL BERKAITAN: Harith Iskander dan isteri beri kerjasama baik, sebutan kes cerai 15 Julai ditangguhkan ARTIKEL BERKAITAN: Dr Jezamine fail cerai terhadap Harith Iskander "Tolong terus kekal sebagai keluarga bahagia. "Jangalah bercerai, anda berdua nampak gembira," komen pengikut di media sosial. Kisah keretakan rumah tangga Harith mula menjadi bualan selepas gambar Dr Jazemine bersama peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir tersebar. Jezamine telah memfailkan cerai terhadap Harith. Menerusi temu bual bersama mStar, Dr Jezamine mengesahkan dia telah memfailkan permohonan cerai pada bulan lalu. Sementara itu Harith dalam satu kenyataan pula memberitahu dia bakal berkongsi perkara tersebut dalam masa terdekat. Sebutan perceraian mereka yang dijadualkan berlangsung pada 15 Julai terpaksa ditangguhkan atas sebab beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Untuk rekod Harith dan Jezamine, 41, mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010. Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, yang berusia 9 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!