suria

Rozita Che Wan tiada rahsia kecantikan, kawal berat badan melalui ukuran pakaian - “Saya pakai baju saiz 20 tahun lalu”

Rozita tidak mempunyai sebarang rahsia kecantikan.

DI SEBALIK masih kelihatan jelita pada usia 50 tahun, pelakon Rozita Che Wan tidak mempunyai sebarang rahsia atau amalan tertentu mengekalkan kecantikan.

Rozita atau mesra disapa Che Ta malah memberitahu tidak mengamalkan sebarang jenis diet bagi mengekalkan berat badan sebaliknya hanya melihat kepada saiz ukuran baju.

Cara itu kata Rozita berkesan apabila dia masih lagi memakai saiz baju sama sejak 20 tahun lalu.

"Saya sebenarnya tiada rahsia kecantikan pun. Saya hanya mengawal berat badan tetapi bukan dengan timbangan sebaliknya melalui ukuran baju.

Rozita hanya memastikan saiz ukuran bajunya tidak berubah.

Rozita hanya memastikan saiz ukuran bajunya tidak berubah.

"Selama hampir 20 tahun saya menggayakan baju rekaan pereka, tidak pernah bertukar ukuran hanya satu saiz sahaja.

"Ukuran itu tidak pernah bertukar. Bila baju-baju saya ketat, saya tahu berat badan saya sudah bertambah. Kalau saya boleh pakai muat-muat, saya 'maintain' sahaja," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Rozita juga tidak melakukan diet malah akan makan nasi sebanyak dua kali sehari.

Jelas pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan ini, ramai yang bertanyakan kepadanya tip untuk menjaga badan dan menasihati mereka untuk mengenali tubuh badan masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] "Muka kau pun macam siku..." - Rozita Che Wan bengang netizen kutuk wajah Fathia, minta henti budaya 'face shaming'

ARTIKEL BERKAITAN: Sarung tudung sebab dibayar, Rozita Che Wan minta selebriti malu pada Allah

"Saya tidak menjaga makan. Saya hanya menerapkan disiplin dalam diri. Bagi saya kalau anda nak kurus, anda perlu kenali tubuh badan sendiri.

"Ada juga yang mengadu dengan saya cakap setiap kali dia makan nasi, berat badannya akan naik. Jadi solusi saya berikan, janganlah makan nasi.

"Macam saya sendiri, saya boleh makan nasi dua kali sehari. Tapi saya tak boleh makan sampai satu hari enam kali. Itu akan membuatkan berat badan saya naik," ujarnya.

Rozita bagaimanapun mengakui berat badannya pernah mencecah 90 kilogram ketika mengandungkan anak ketiga iaitu Aisyah Dhia Rana, 11 tahun lalu.

Selama hampir 20 tahun saya menggayakan baju rekaan pereka, tidak pernah bertukar ukuran.

ROZITA CHE WAN

PENYANYI

Aktres ini juga memaklumkan jika berat badannya mulai naik, dia akan berusaha untuk menjaga pemakanan.

"Saya tidaklah cakap badan saya selama 20 tahun itu maintain sahaja. Berat badan sebenar saya adalah 53 kilogram tapi bila tiba musim perayaan seperti Aidilfitri, saya boleh naik sehingga 58 kilogram.

"Bila saya rasa berat badan mula naik, kadang-kadang ada juga terlebih makan. Waktu ambil ukuran baju jadi sendat sikit, jadi saya akan diet dalam seminggu.

"Berat saya pernah mencecah 90 kilogram masa hamilkan Aisyah tapi selepas tiga bulan habis berpantang memang saya akan kawal makan sebab saya tidak mahu menukar saiz baju," jelasnya.

Sementara itu, Rozita memberitahu setiap individu mempunyai definisi kecantikan yang berbeza.

Rozita menganggap setiap individu mempunyai definisi kecantikan berbeza.

Rozita menganggap setiap individu mempunyai definisi kecantikan berbeza.

Menurut Rozita, bukan semua wanita mahu memiliki bentuk tubuh yang langsing dan disebabkan itu individu perlu menghormati setiap pilihan mereka.

"Ikut selera masing-masing juga kerana sesetengah orang mereka tidak suka terlalu kurus, nak sedang-sedang sahaja.

"Tak mengapa saya faham, kita hormat. Sesetengah orang nak kurus kerana baginya lebih cantik, tetapi ada juga memilih untuk berbadan gempal sebab suami suka.

"Jadi semuanya bergantung kepada anda. Sama ada nak kurus mendadak atau nak kurus secara sihat. Pilihan ditangan anda," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain