suria

Laporan bedah siasat Nidza Afham bakal diketahui petang ini, penentu jika ada unsur jenayah

Jenazah Allahyarham Nidza dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.

LAPORAN bedah siasat berhubung punca kematian penyanyi Nidza Afham dijangka bakal diperolehi pada petang Khamis.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain memberitahu laporan itu penting dalam menentukan sama ada kematian Allahyarham terdapat sebarang unsur jenayah.

"Sebarang maklumat akan diperoleh selepas bedah siasat. Dari situ boleh kesan punca dan membantu tindakan seterusnya.

Inspector-General of Police Tan Sri Razarudin Husain attending the Bukit Aman monthly assembly on Friday.

Razarudin berkongsi perkembangan proses bedah siasat.

"Kes masih dalam siasatan dan kita dapat lihat telefon mangsa masih ada, cuma kad bank miliknya sahaja yang hilang," katanya kepada pemberita.

Razarudin mengulas perkara itu ketika ditemui pada sebuah acara yang berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada Khamis.

Mayat Allahyarham Nidza atau Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23, ditemukan di Sungai Klang pada pukul 7 petang Rabu selepas hampir 24 jam dilaporkan hilang.

ARTIKEL BERKAITAN: 3 ahli keluarga Nidza Afham dipanggil beri keterangan, emosi kekasih pula tidak stabil

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Abang ipar kongsi detik buat pengecaman mayat, cam wajah dan jersi dipakai Nidza Afham

Jenazah kemudiannya di bawa ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat sebelum dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cerakah, Puncak Alam di Shah Alam selepas solat Asar.

Berita kehilangan Nidza tular selepas adik perempuannya yang juga penyanyi Aufahanie berkongsi di media sosial memohon bantuan orang ramai mencari abangnya.

Allahyarham dilaporkan keluar dari rumahnya sekitar pukul 7.45 malam untuk berjoging di Stadium Sultan Suleiman, Klang.

aufa 1

Aufa berkongsi berita kehilangan abangnya pada pagi Rabu.

Nidza bagaimanapun gagal dihubungi sebelum teman wanitanya berjaya mengesan telefon bimbit mangsa berdekatan jambatan Sungai Klang.

Keluarga yang bergegas ke tempat kejadian berjaya menemui telefon dan dompet milik mangsa.

Rakaman CCTV yang berjaya diperoleh juga berjaya mengesan seorang lelaki memakai jersi bernombor 56 dipercayai Nidza sedang berjalan di sekitar kawasan Masjid India Muslim Tengku Kelana di Klang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain