PELAWAK Shuib mengambil kira setiap komen dan kecaman terhadap program kendaliannya iaitu Dol's Podcast yang mula bersiaran sejak 17 Julai lalu. Disebabkan itu juga, Shuib atau Shahmira Muhamad, 40, berkata, pihaknya akan lebih cakna dalam memilih kandungan yang ingin disiarkan bagi mengelak rasa kurang senang mana-mana pihak selepas ini. "Orang hanya melihat di media sosial atau keratan perkongsian sehingga ada mengundang kecaman. Apabila orang kecam, kami terima secara terbuka kerana itu adalah proses memperbaiki kelemahan. "Kami akan lebih berhati-hati selepas ini sebab mungkin kami rasa apa dilakukan sebelum ini betul namun sedar ia salah apabila orang mula memberi pandangan berbeza. Shuib mengambil kira setiap komen dan kritikan penonton bagi memperbaiki mutu Dol's Podcast. "Setiap orang ada buat kesalahan, sama juga seperti ketika kami membuat content sebegini," katanya kepada mStar. Shuib mengulas perkara tersebut selepas beberapa episod awal podcast berkenaan mengundang kecaman banyak pihak kerana dianggap keterlaluan dalam berkongsi cerita tentang kisah silam. Malah ada yang menunut agar program tersebut terus dibatalkan kerana tidak mendatangkan manfaat. Selain Shuib, Dol's Podcast turut dikendalikan oleh Fizie dan Shuk Sahar. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Keputusan berkahwin perkara tepat, podcast buat Shuk Sahar kembali diterima peminat ARTIKEL BERKAITAN: “Masing-masing dah tua...” - Achey hormat Sepah, minta jangan bergaduh di media sosial Dalam pada itu, Shuib menjelaskan setiap perkongsian cerita sebenarnya ada pengajaran yang ingin disampaikan namun penonton perlu meneliti sendiri mengenainya. "Saya mahu tonjolkan kepelbagaian dalam podcast ini dengan memaparkan kisah dalam pelbagai sudut selain cuba memberikan sesuatu kepada penonton. "Kami berikan cerita yang benar-benar berlaku sebagai satu pengajaran buat semua," ujarnya. Shuib juga menyeru penonton program berkenaan supaya tidak mudah membuat penilaian hanya berdasarkan rakaman pendek atau paparan di sosial media. Ramai mengecam kandungan diketengahkan dalam Dol's Podcast. Dalam masa sama dia juga berharap orang ramai dapat menonton semua episod termasuk topik perbincangan agama yang menampilkan tetamu berkaliber. "Tak semua episod kena kecam. Ada episod yang kami berikan kandungan menarik serta berilmiah, namun tidak mendapat banyak tontonan. "Saya harap orang ramai menonton semua episod supaya tahu kepelbagaian program ini. "Janganlah tonton hanya kerana ia viral. Tontonlah setiap episod sehingga habis supaya dapat pengajaran," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!