suria

[V] Kakak jumpa nota rancang mahu berkahwin, bapa dapat firasat tentang Nidza Afham selepas laung azan

BAPA penyanyi Allahyarham Nidza Afham iaitu Mokhtar Mahmud mendapat firasat akan bertemu mayat anaknya ketika melaungkan azan di sekitar jambatan Sungai Klang pada petang Rabu.

Perkara tersebut dikongsi oleh kakak sulung kepada Nidza iaitu Irfahanie yang juga turut berada di sekitar kawasan mayat adiknya ditemukan.

“Ayah cakap masa melaungkan azan, dia sudah ada firasat Nidza berada di situ. Tapi ketika itu masih belum ada kepastian,” katanya kepada mStar.

1211

Kakak sebak kenang pemergian Nidza.

Irfa ditemui di Unit Forensik Hospital Shah Alam, Selangor ketika jenazah Allahyarham Nidza dibawa tujuan bedah siasat.

Berkongsi lanjut Irfa memberitahu mayat adiknya itu ditemui oleh orang awam yang sedang memancing di kawasan berkenaan.

“Ada seorang lelaki beritahu dia sudah nampak mayat itu sekitar pukul 3 petang (Rabu) tetapi tidak timbul sepenuhnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat lelaki ditemukan di jambatan Sungai Klang sah Nidza Afham

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat lelaki berjersi 56 ditemukan sekitar jambatan Sungai Klang.... Baju hampir sama dipakai Nidza Afham

“Kemudian sekitar pukul 5 petang barulah nampak mayat sepenuhnya dan dia melaporkan kepada pihak polis.

“Ketika itu saya dalam perjalanan pulang dan kembali ke lokasi bagi tujuan pengecaman mayat,” ujarnya.

Tambah Irfa mayat dipercayai sudah berada di kawasan berkenaan sejak lewat malam Selasa sebelum ditemui.

Arwah juga banyak menghabiskan masa di rumah sejak kebelakangan ini.

IRFAHANIE

KAKAK SULUNG NIDZA

Irfa juga memberitahu dia dan keluarga masih tidak dapat pastikan punca kematian adiknya itu.

“Kita menemui telefon bimbit dia. Kami periksa, tiada sebarang unsur jenayah, hutang atau yang pelik-pelik.

“Arwah juga banyak menghabiskan masa di rumah sejak kebelakangan ini selepas melalui proses pembedahan akibat kecederaan pada lutut.

nidzar 2

Kelibat terakhir arwah dirakam CCTV.

“Dalam nota di telefon bimbit pun hanya ada perancangan berkahwin dan belanjawan tapi dia belum ada tarikh kahwin,” kongsinya.

Penemuan Nidza, 23, disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang memberitahu mayat lelaki lelaki ditemukan di sekitar jambatan Sungai Klang adalah Nidza.

Jenazah akan melalui proses bedah siasat sebelum dikebumikan pada Khamis di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cerakah, Shah Alam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain