BELUM berputus asa, ibu kepada penyanyi Nidza Afham berharap anak lelakinya itu dijumpai dalam keadaan selamat selepas dilaporkan hilang sejak malam Selasa. Irni Yusmira berkata, dia juga masih dalam keadaan terkejut apabila dimaklumkan tentang kehilangan Nidzar apatah lagi anaknya itu tidak menunjukkan tingkah laku mencurigakan yang boleh menjadi punca kehilangannya. "Tak nampak apa-apa pelik sebelum kejadian hilang. Dia seperti biasa dan saya pun tidak ada perasaan tak sedap hati. Aufa mengharap abangnya dalam keadaan selamat. "Sebagai ibu pastinya berharap dia dijumpai dalam keadaan selamat. Harap jumpa secepat mungkin seperti mana keadaan dia keluar rumah," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu. Dalam pada itu, Irni menolak kehilangan anaknya itu dengan unsur permusuhan dengan mana-mana pihak atau terlibat dalam sebarang masalah. Sebaliknya, Irni menyifatkan Nidza sebagai seorang anak yang mempunyai sikap yang baik. ARTIKEL BERKAITAN: Bapa laung azan di jambatan Sungai Klang, rakaman CCTV boleh jadi petunjuk kehilangan abang Aufahanie ARTIKEL BERKAITAN: Kekasih abang Aufahanie kesan telefon bimbit di Sungai Klang, keluarga terus ke lokasi... Tiada perilaku pelik sebelum hilang "Tak nampak pun seperti dia ada musuh. Dia seorang budak yang baik. Ke mana sahaja pergi dia akan beritahu saya. "Adik-beradiknya sedang mencarinya di pelbagai kawasan dan mereka akan hantar maklumat terkini menerusi group WhatsApp," ujarnya. Bercerita lanjut, Irni memberitahu anaknya itu keluar dari rumah mereka di Bandar Puteri, Klang untuk ke Stadium Sultan Suleimen, Klang menggunakan perkhidmatan e-hailing. Afham hilang selepas melakukan aktiviti riadah. Malah pihak keluarga juga sudah mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan berkenaan sebagai usaha menjejaknya. Berita kehilangan Nidza dikongsi sendiri oleh adiknya yang juga penyanyi Aufahanie yang memohon bantuan orang ramai mengesan atau memberi sebarang maklumat berkaitan kehilangan abangnya itu. Nidza yang berusia 23 tahun juga merupakan seorang penyanyi dan pernah tampil dalam sebuah program realiti bersama Aufa. Laporan polis telah dibuat dan kini kes kehilangan masih dalam siasatan pihak berkuasa. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!