PELAKON Nina Smith meluahkan rasa syukur diberi peluang kedua dalam hidup selepas mengalami keracunan makanan yang teruk. Nina atau Amalina Smith, 25, berkata keadaannya teruk sehingga mulut berbuih dan muntah berulang kali. "Saya terkena keracunan makan semalam dan makanan terakhir saya adalah takoyaki. Nina berkongsi perkara itu menerusi hantaran di InstaStory. "Saya muntah empat kali sampai tahap dah keluar buih di mulut. Nasib baik pembantu saya cepat bawa pergi hospital. "Pertama kali kena macam itu, Ya Allah sakit teramat sangat, rasa nak mati," katanya. Nina berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Rabu. Dia bagaimanapun enggan mendedahkan nama restoran tersebut memandangkan pihak berkenaan sudah meminta maaf. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas kena tegur Ogy kerana tinggalkan set penggambaran, Nina Smith tak rasa bersalah... Sedia jumpa depan-depan ARTIKEL BERKAITAN: Ditegur Ogy kerana tinggalkan set, pelakon baharu Nina Smith terpaksa ke Amerika Syarikat ziarah bapa kena strok "Saya tak nak dedahkan nama tapi saya sudah buat aduan dan mereka meminta maaf serta akan ada tindakan segera nanti," katanya lagi. Disebabkan kejadian itu, Nina menganggap dirinya diberi kesempatan untuk lebih menghargai kesihatan dirinya. "Hal yang termahal kita miliki adalah kesihatan. Saya hampir terlupa betapa nikmatnya ada kesihatan yang sempurna. "Rasa sakit semalam sampai rasa diberi nyawa kedua membuat saya menghargai kesihatan yang merupakan segalanya untuk kita," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!