suria

Da'i Syed dan Hana Ismail selamat timang cahaya mata sulung

Syed meluahkan rasa syukur atas kelahiran anak sulungnya.

PENGACARA Hana Ismail selamat melahirkan cahaya mata sulung pada pukul 2.06 petang Rabu.

Berita gembira itu dikongsi oleh suaminya iaitu pendakwah selebriti Da'i Syed yang turut meluahkan rasa syukur dengan kelahiran bayi tersebut.

"Alhamdulillah isteri saya Hana selamat melahirkan anak kami pada pukul 2.06 petang," katanya.

Copy of Untitled (90)

Syed berkongsi perkara itu menerusi hantaran di InstaStory.

Syed, 29, berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di InstaStory miliknya pada Rabu.

Pendakwah itu juga sempat mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan urusan bersalin isterinya.

"Terima kasih yang mendoakan!" ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto ‘baby bump’, Da'i Syed dan isteri bakal timang cahaya mata tak lama lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Mia Ahmad selamat bersalin anak ke-4, timang bayi lelaki

Bagaimanapun, jantina dan nama bayi tersebut masih dirahsiakan sehingga kini.

Syed mendedahkan Hana sudah berbadan dua pada 1 Syawal lalu meskipun kehamilan isterinya sudah pun dihidu peminat sejak Julai tahun lalu.

Untuk rekod, Syed dan Hana mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2022 di Kuala Lumpur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain