suria

Isteri Shuk Sahar minta Iqram Dinzly jangan sibuk hal rumah tangganya - “Bukan aku kahwin dengan kau”

Fara meminta Iqram untuk tidak masuk campur urusan rumah tangganya.

ISTERI kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh meluahkan rasa kurang senang terhadap kenyataan yang dikeluarkan pelakon Iqram Dinzly mengenai pergolakan rumah tangganya.

Fara menasihati Iqram untuk berhenti campur tangan dalam urusan rumah tangganya bersama Shuk memandangkan pelakon itu tiada kaitan langsung dengan mereka.

"Bukan aku kahwin dengan kau Encik Iqram, jangan sibuk hal aku!" katanya.

Copy of Untitled (82)

Fara menulis perkara itu menerusi hantaran di InstaStory pada Selasa.

Fara menulis perkara itu menerusi hantaran di InstaStory miliknya yang turut memaparkan hantaran berita mStar bertajuk 'Iqram Dinzly dedah perangai sebenar Shuk Sahar, nasihat netizen jangan percaya sebelah pihak sahaja'.

Sebelum ini, Iqram tampil mempertahankan Shuk dan mendedahkan sikap sebenar pelawak itu yang dikatakan seorang lelaki yang kuat berkerja.

Simpati dengan nasib menimpa rakannya, Iqram meminta orang ramai supaya tidak mempercayai kata-kata daripada sebelah pihak sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Iqram Dinzly dedah perangai sebenar Shuk Sahar, nasihat netizen jangan percaya sebelah pihak sahaja

ARTIKEL BERKAITAN: Fara Salleh mengaku minta cerai, tak tahan perangai Shuk Sahar... “Berubah tapi sekejap saja”

Pada Isnin lalu, Fara menerusi temu bual bersama mStar mengakui ada meminta cerai dengan Shuk kerana sudah penat melayan kerenah suaminya.

Ini kerana dia sudah hilang sabar dengan perangai Shuk yang sering bercerita mengenai keburukannya kepada kenalan rapat sehingga mencalarkan nama baiknya.

Fara menerusi Thread secara terbuka menulis luahan hati mengenai masalah rumah tangganya pada Isnin lalu.

shuk2 - 1

Rumah tangga Farah dan Shuk dikhabarkan sedang bergolak.

Untuk rekod, Fara dan Shuk mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu dan ini merupakan perkahwinan kedua buat pelawak itu.

Shuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera dan bercerai pada 22 Mac 2023.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, Nur Assyifatu Aimi, lima tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain