PENYANYI Aufahanie memohon bantuan orang ramai untuk mencari abangnya Nidza Afham yang dipercayai hilang sejak malam Selasa. Berkongsi perkara tersebut di Instagram miliknya, Aufa atau Nur Aufahanie Mokhtar, 21, juga berharap abangnya itu ditemui dalam keadaan selamat. "Minta tolong semua orang, doakan abang saya dijumpai dalam keadaan selamat," katanya. Maklumat yang dikongsi keluarga. Sementara itu, dalam beberapa hantaran lain dimuat naik oleh kakak sulung penyanyi ini memaklumkan Afham tidak membalas mesej daripanya selepas keluar beriadah pada sekitar pukul 7.50 malam. Pihak keluarga juga menemui telefon bimbit serta dompet milik Afham di sekitar kawasan jambatan Sungai Klang. "Dia (Afham) keluar jogging dalam pukul 7.58 malam ke Stadium Klang. Kami sudah periksa telefon, tiada unsur pergaduhan atau loan shark. ARTIKEL BERKAITAN: Video adik menari sakan tular, Aufa Hanie sudah beri teguran tak ulangi perbuatan sama ARTIKEL BERKAITAN: Menangis nyanyi semula lagu Siti Sarah, Aufahanie sedia dibandingkan dengan arwah "Semua dalam keadaan baik. Afham tamatkan larian," katanya. Menerusi krnologi kehilangan yang dikongsi, ahli keluarga pergi mencari Afham di sekitar jambatan berkenaan sekitar pukul 1.50 pagi hari Rabu. Kali terakhir Afham membalas mesej kepada kakaknya adalah pada pukul 9.04 malam Selasa dan pihak keluarga hanya menjejaki lokasi terkahirnya adalah di jambatan berkenaan. Aufa harap abangnya dalam keadaan selamat. "Lokasi terakhir telefon dan dompet ditemui atas jambatan Sungai Klang," ujar kakaknya yang dikenali sebagai Irfahanie. Afham, 23, juga merupakan seorang penyanyi dan aktif membuat persembahan. Laporan polis juga telah dibuat oleh pihak keluarga di Balai Polis Klang. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!