suria

[V] Diam lebih baik, Meerqeen malas layan komen negatif… Minta netizen henti buli siber

PELAKON Meerqeen memberitahu dia tidak akan membalas sebarang komen negatif yang diterima di media sosial.

Kata Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, 23, dia memilih untuk mengabaikan komen sedemikian kerana tidak mahu memanjangkan perbalahan netizen di ruangan berkenaan.

"Pengurus dan team saya sendiri tidak menyarankan saya untuk memberi reaksi terhadap setiap komen negatif yang diterima.

Meerqeen turut berdepan dengan komen-komen negatif di media sosial.

Meerqeen turut berdepan dengan komen-komen negatif di media sosial.

"Dulu saya pernah baca komen-komen negatif tetapi sekarang tidak lagi kerana rasa tidak mahu memberikan perhatian kepada netizen. Kalau saya jawab komen tersebut nanti akan ada beratus-ratus komen lagi yang ditinggalkan netizen.

"Jadi saya rasa lebih baik diam malah saya juga sudah menasihati keluarga untuk tidak membalas atau melayan komen negatif ini," katanya kepada mStar.

Pelakon filem Harimau Malaya: The Untold Journey ini memyifatkan tindakan buli siber adalah satu perkara yang perlu dibendung daripada dibiarkan berterusan.

ARTIKEL BERKAITAN: Penantian Meerqeen berakhir, ‘angkat’ Mercedes Benz kedua berharga RM600,000

ARTIKEL BERKAITAN: "Mak bapak aku kau jangan main" - Meerqeen hilang sabar netizen kait ibu bapa, tak perlu canang usaha bantu Palestin

Menurut Meerqeen, kes buli ini bukan sahaja dihadapi oleh rakan artis tetapi ia merupakan masalah yang berlaku secara umum.

"Ia berbalik kepada diri dan cara bagaimana seseorang itu mengawal situasi tutup sebelah mata untuk tidak melayan perkara ini.

"Buli bukan sahaja berlaku kepada artis, pempengaruh media sosial kerana kalau kita lihat di sekolah berlaku juga kegiatan buli siber ini juga.

"Saya rasa masyarakat kita sudah perlu hentikan untuk menormalisasikan aktiviti-aktiviti buli seperti ini," ujarnya.

Meerqeen mohon masyarakat hentikan budaya buli.

Meerqeen mohon masyarakat hentikan budaya buli.

Meerqeen bagaimanapun tidak menafikan kadangkala manusia bertindak diluar kawalan disebabkan gagal mengawasi emosi sendiri.

"Saya tidak nafikan kadang-kadang manusia ini termasuk saya juga tidak berfikir sebelum buat apa-apa. Kita tidak boleh nak salahkan orang kerana itulah lumrah manusia.

"Kalau terlalu marah dan ikut emosi, kita jadi tidak boleh mengawal keadaan dan kita hanya luahkan apa yang ada dalam fikiran dan bukannya hati,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain