suria

Kekasih abang Aufahanie kesan telefon bimbit di Sungai Klang, keluarga terus ke lokasi... Tiada perilaku pelik sebelum hilang

Aufa berharap abangnya dalam keadaan selamat.

TERUS menharap abangnya kembali dengan selamat, penyanyi Aufahanie memberitahu dia dan ahli keluarga lain tidak pernah berhenti mencari Nidzar Afham yang dilaporkan hilang sejak malam Selasa.

Kata Aufa atau Nur Aufahanie Mokhtar, 21, abangnya itu juga tidak menunjukkan sebarang perilaku pelik sebelum dia gagal dihubungi dan hilang secara tiba-tiba.

"Setiap hari saya akan berbual dengan abang. Kami selalu hantar video lucu di aplikasi TikTok. Dia juga tidak pernah menunjukkan sebarang perilaku pelik. Dia okay sahaja.

aufa 13

Aufa berkongsi berita kehilangan abang di Instagram.

"Kami masih menunggu pihak berkuasa dan juga berikhtiar untuk terus mencari abang di sekitar Klang," katanya.

Aufa sebelum ini berkongsi berita kehilangan Afham di media sosial miliknya dan memohon bantuan orang ramai untuk sama-sama memberi maklumat sekiranya berkaitan.

Menurut Aufa pihak keluarga mula menyedari kehilangan Afham selepas kekasih abangnya itu memaklumkan dia gagal dihubungi dan tidak membalas sebarang mesej.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang Aufahanie hilang, keluarga jumpa dompet dan telefon bimbit di jambatan Sungai Klang

ARTIKEL BERKAITAN: Video adik menari sakan tular, Aufa Hanie sudah beri teguran tak ulangi perbuatan sama

Afham dikatakan hilang selepas keluar melakukan aktiviti riadah pada petang Selesa.

"Abang pergi jogging dan dia ada update dengan kekasihnya bahawa dia sudah sampai di stadium. Sekitar pukul 9 malam dia tidak balas mesej dan kekasihnya cuba menjejaki telefon abang.

"Lokasi terakhir telefon adalah di Jambatan Sungai Klang di ia statik di situ. Ibu dan adik kemudian ke sana untuk mencari.

aufa 2

Afham dipercayai hilang di Sungai Klang.

"Dengan bantuan dua orang lelaki yang ada di sana, ibu menemukan telefon bimbit dan dompet abang," ujarnya.

Aufa juga memaklumkan kad bank abangnya tiada dalam dompet berkenaan.

Dia kemudian membuat laporan di Balai Polis Klang berhubung kehilangan abangnya itu.

"Kad bank dan wang tunai tiada dalam dompet abang. Namun tidak pasti adakah abang ada simpan wang tunai atau tidak.

"Sekarang ini kami masih tunggu update daripada pihak polis," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain