PELAKON Fasha Sandha memberitahu dia dan suaminya iaitu aktor Aidil Aziz masih menanti rezeki untuk dikurniakan cahaya mata lelaki. Pernah meluahkan hasrat jalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF), Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 40, bagaimanapun berkata proses berkenaan bukan mudah dan perlu mengambil masa yang panjang. Malah dia perlu mengikuti beberapa prosedur sebelum menjalani rawatan tersebut. Fasha dan Aidil rancang nak tambah zuriat. "Belum ada rezeki lagi, lagi pun bukan mudah untuk mendapatkan cahaya mata. "IVF belum bermula sebab proses itu makan masa yang lama. "Ada banyak prosedur yang perlu dipatuhi sebelum nak jalani IVF tersebut," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Chiwan dah bergelar suami, buat persiapan nikah dalam tempoh 20 hari ARTIKEL BERKAITAN: Chiwan mahu kahwin tahun ini, wang RM250,000 buat beli rumah dan kereta Sementara itu, Aidil, atau Mohd Aidil Abdul Aziz, 37, memberitahu, mereka hanya mampu merancang dan Allah SWT yang menentukan. Aktor itu juga memohon doa orang ramai agar mendoakan urusan dia dan Fasha untuk menambah zuriat dipermudahkan. "Kami ikhtiar dan Allah yang menentukan, jadi minta semua mendoakan yang baik-baik sahaja. "Semoga urusan kami nak tambah anak seorang lagi dipermudahkan insya-Allah," jelasnya. Fasha dan Aidil sedang ikhtiar tambah cahaya mata. Untuk rekod, Fasha pernah berkahwin dengan usahawan Rizal Ashram atau Jejai pada 27 April 2012 namun mereka bercerai pada 20 Januari 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 11, dan Putri Raysha Jemyma, 9 tahun. Fasha kemudiannya bertemu jodoh dengan Aidil pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aisha Amaira yang kini berusia empat tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!