suria

Dedikasi lagu ‘Dipaksa Berpisah’, Nedim harap dapat kembali ke pangkuan Nora Danish - “Awak masih cinta hati dalam hidup saya”

Nedim masih menyimpah harapan untuk kembali bersama Nora.

BAGAI masih berharap, bekas suami pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri secara terbuka mendedikasikan sebuah lagu bertajuk 'Dipaksa Berpisah' kepada bekas isterinya itu.

Dalam mendoakan kebahagian Nora, Nedim atau lebih mesra disapa Boss Ned sempat menyelitkan harapan untuk kembali bersama dengan bekas isterinya itu.

"Lagu ini hanya untukmu sayang, Nora Danish.

Copy of Untitled (84)

Nedim meluahkan perkara itu menerusi hantaran di InstaStory pada Rabu.

"Saya doakan awak bahagia, kalau dengan saya Alhamdulillah," katanya.

Nedim meluahkan isi hatinya itu menerusi hantaran di InstaStory dengan memaparkan poster lagu tersebut pada Rabu.

Dipaksa Berpisah merupakan single terbaharu penyanyi asal Indonesia iaitu Yan Josua.

Nedim bagaimanapun tetap reda dengan takdir andai jodohnya dan Nora tidak panjang.

ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan 7 tahun berakhir, Nora Danish dan Nedim bercerai talak satu

ARTIKEL BERKAITAN: Nedim masih berbaik dengan Nora Danish walau sudah bercerai... “Cuma dia bukan milikku dalam Islam”

Jelasnya, dia tetap akan mencintai bekas isternya walau apa jua keadaan.

"Tetapi kalau bukan dengan saya sekalipun, awak masih cinta hati dalam hidup saya," ujarnya.

Nedim dan Nora sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 19 Jun lalu.

Untuk rekod, Nedim dan Nora mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl, enam tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain