suria

Iqram Dinzly balas balik teguran Fara Salleh, bersuara sebab geram rosakkan nama Shuk Sahar

Iqram (kanan) dan Fara saling berbalas kenyataan.

PERGOLAKAN rumah tangga antara pelawak Shuk Sahar dan isterinya Fara Salleh terus menjadi perhatian sehingga melibatkan rakan artis iaitu pelakon Iqram Dinzly.

Iqram yang sebelum ini cuba mempertahankan Shuk kembali membalas kenyataan Fara apabila dia diminta tidak masuk campur tentang urusan rumah tangga mereka.

Bagi Iqram atau Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 43, dia berani bersuara kerana perkongsian Fara sebelum ini telah menjejaskan nama baik Shuk sebagai seorang selebriti.

iqram 2

Kenyataan balas Iqram di Instagram.

"Saya akui tak perlu masuk campur rumah tangga kamu. Cuma jadi geram apabila kamu cuba merosakkan nama sahabat kami, Shuk Sahar yang rasanya berusaha gigih memenuhi kehendak kamu.

"Bukan menyibuk, cuma mempertahankan seorang sahabat yang usaha menjaga aib rumah tangga," katanya.

Iqram menulis perkara tersebut dalam beberapa hantaran di Instagram miliknya iaitu @iqdinzlyofficial.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Shuk Sahar minta Iqram Dinzly jangan sibuk hal rumah tangganya - “Bukan aku kahwin dengan kau”

ARTIKEL BERKAITAN: Iqram Dinzly dedah perangai sebenar Shuk Sahar, nasihat netizen jangan percaya sebelah pihak sahaja

Pelakon itu juga sempat berkongsi nasihat agar Fara tidak terlalu terbuka bercakap soal hubungannya dengan Shuk di sosial media.

"Awak buat onar dengan kenyataan terhadap sahabat kami yang juga nama besar. Sekiranya benar awak menyayanginya tidak perlu guna sosial media untuk rasa diri itu lebih benar.

"Awak kongsikan pada dunia ia bererti sesiapa pun ada hak untuk mempertahankan deria rasa terhadap sahabatnya," balas Iqram.

fara salleh 1

Fara terbuka mendedahkan kemelut rumah tangga.

Kemelut antara Fara dan Shuk bermula apabila dia sendiri mendedahkan pernah meminta cerai kerana sudah penat melayan kerenah suaminya itu.

Ia dikatakan berpunca sikap Shuk yang didakwa suka bercakap buruk tentang dirinya kepada kenalan rapat sehingga mencemarkan nama baik.

Untuk rekod Fara dan Shuk mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu dan ini merupakan perkahwinan kedua pelawak itu.

Shuk sah bercerai dengan bekas isterinya iaitu Rossa Sera pada 22 Mac tahun lalu selepas lapan tahun berkahwin.

Mereka mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 5 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain