suria

Bapa laung azan di jambatan Sungai Klang, rakaman CCTV boleh jadi petunjuk kehilangan abang Aufahanie

Bapa Aufa melaungkan azan di Jambatan Sungai Klang.

MISTERI kehilangan abang kepada penyanyi Aufahanie iaitu Nidzar Afham mendapat sedikit petunjuk apabila terdapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan sekitar jambatan Sungai Klang.

Kakak sulung Aufahanie iaitu Efahanie memberitahu ketika ini pihak keluarga kini sedang bersama polis bagi memeriksa rakaman CCTV.

"Sekarang kami bersama pihak polis sedang memeriksa rakaman CCTV di kawasan berdekatan," kongsinya ringkas kepada mStar ketika dihubungi pada Rabu.

aufa 333

Afham dilaporkan hilang sejak malam Selasa.

Dalam pada itu, usaha mencari Nidzar yang juga seorang penyanyi terus dipergiatkan sejak dia dilaporkan hilang sejak malam Selasa.

Bapa Nidzar iaitu Mokhtar Mahmud turut dilihat melaungkan azan di sekitar Sungai Klang tempat anaknya dilaporkan hilang tanpa jejak.

Efahanie menerusi satu hantaran di platform X memberitahu mereka terus berikhtiar mencarinya dan berharap Nidzar akan pulang ke pangkuan keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Kekasih abang Aufahanie kesan telefon bimbit di Sungai Klang, keluarga terus ke lokasi... Tiada perilaku pelik sebelum hilang

ARTIKEL BERKAITAN: Abang Aufahanie hilang, keluarga jumpa dompet dan telefon bimbit di jambatan Sungai Klang

"Ikhtiar terus demimu. Baliklah Afham," katanya yang turut berkongsi video bapanya melaungkan azan.

Afham dilaporkan hilang selepas melakukan aktiviti riadah di Stadium Sultan Suleiman, Klang pada malam Selesa.

Kehilangan Afham mula disedari kekasihnya selepas dia tidak membalas mesej serta menjawab panggilan telefon.

aufa 2

Afham hilang selepas melakukan aktiviti riadah.

Aufa dalam satu perkongsian di Instagram turut memohon bantuan orang ramai bagi mengesan abangnya dan memberi sebarang makluman berkaitan.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Klang pada awal pagi Rabu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain