ISTERI pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh meluahkan rasa bengang dengan pendedahan dibuat seorang individu dipercayai rakan kepada suaminya berhubung masalah rumah tangga mereka. Ia susulan individu dikenali sebagai Raje Ridzuan itu mendakwa menjadi saksi Fara memarahi Shuk ketika mereka berniaga nasi kerabu di Singapura. Dakwa Raje, Fara juga pernah menghalaunya dari tapak gerai mereka di hadapan khalayak ramai. Fara dan Raje dilihat saling berbalas kenyataan di Iaman Instagram. Tidak menafikan perkara tersebut, Fara menjelaskan tindakan tersebut dibuat kerana sudah hilang sabar melihat sikap rakan Shuk yang sering 'menempel' dengan pelawak tersebut. Kata Fara, Raje tiada kena mengena dengan perniagaan Shuk dan tidak sepatutnya berada di gerai mereka. "Awak menempel dekat booth nasi kerabu seperti yang awak katakan itu padahal tak ada kena mengena dengan awak. "Itu gerai suami saya dengan rakan kongsinya sebab itu saya halau awak yang suka menempel dekat situ. ARTIKEL BERKAITAN: qram Dinzly balas balik teguran Fara Salleh, bersuara sebab geram rosakkan nama Shuk Sahar ARTIKEL BERKAITAN: Fara Salleh mengaku minta cerai, tak tahan perangai Shuk Sahar... “Berubah tapi sekejap saja” "Sekarang awak boleh nampak yang kawan-kawan dia ini semak!," katanya. Fara meluahkan perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada Rabu. Enggan berdiam diri, Raje pula menyifatkan tindakan Fara itu sebagai keterlaluan selain mendakwa wanita itu juga pernah 'melepak' di gerainya. "Booth saya bayar awak duduk situ sepanjang hari pun saya tak halau pula! Farah geram dengan tindakan rakan-rakan Shuk yang campur tangan dalam urusan rumah tangganya. "Tang duduk depan booth semua awak, saya pula kena halau? Bukannya kau yang bayar booth tu!" ujarnya. Kisah pergolakan rumah tangga pasangan itu kini menjadi bualan hangat ramai sehingga ada kenalan rapat Shuk tampil mempertahankan pelawak itu termasuklah pelakon Iqram Dinzly. Pada Isnin lalu, Fara menerusi temu bual bersama mStar mengakui ada meminta cerai dengan Shuk kerana sudah penat melayan kerenah suaminya. Ini kerana dia sudah hilang sabar dengan perangai Shuk yang sering bercerita mengenai keburukannya kepada kenalan rapat sehingga mencalarkan nama baiknya. Pasangan ini kini sedang berdepan pergolakan ruma tangga. Fara menerusi Thread secara terbuka menulis luahan hati mengenai masalah rumah tangganya pada Isnin lalu. Untuk rekod, Fara dan Shuk mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu dan ini merupakan perkahwinan kedua buat pelawak itu. Shuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera dan bercerai pada 22 Mac 2023. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, Nur Assyifatu Aimi, lima tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!