PENYANYI Datuk Nora Ariffin enggan memanjangkan lagi kisah penceraian bersama bekas suami iaitu Dr Rushdi Ramli yang sedang hangat diperkatakan. Menurut Nora atau Wan Norafizah Ariffin, 52, perkongsian video lafaz cerai suaminya tempoh hari sekadar untuk berkongsi status diri yang kembali solo agar tidak timbul sebarang salah faham. "Saya memohon maaf kerana tidak memberi apa-apa respon pada isu ini. Saya tidak mahu memanjangkan isu ini. "Cukuplah orang tahu status perkahwinan saya sekarang supaya tidak mendatangkan fitnah," katanya. Nora berlapang dada dengan keputusan penceraian dari pihak suami. Nora berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada petang Rabu. Dalam pada itu, Nora memberitahu hubungan bersama Rushdi sebelum ini tiada sebarang masalah sehingga membawa kepada penceraian. Dia bagaimanapun percaya penceraian tersebut merupakan jalan terbaik untuk mereka dan reda dengan keputusan tersebut. "Sebagai manusia saya juga tidak dapat lari dari berbuat kesilapan dan kesalahan. Sebelum ini hubungan kami baik-baik saja. ARTIKEL BERKAITAN: “Ustaz tidak bersalah” - Nora dedah suami terima arahan untuk lafazkan cerai ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan 3 tahun berakhir, Nora Ariffin kongsi video suami lafaz cerai talak satu "Alhamdulillah, saya berlapang dada di atas apa yang berlaku dan berserah dengan apa saja ketentuan Allah SWT. "Mungkin ini yang terbaik. Jutaan terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan memberi kata-kata semangat. Doa yang baik-baik juga untuk kalian semua," ujarnya. Pada 12 Ogos lalu, Dr Rushdi menceraikan Nora dengan talak satu menerusi sebuah video berdurasi 52 saat. Malah selepas video berkenaan dikecam ramai, Nora sempat membela bekas suaminya dan memaklumkan penceraian itu bukanlah atas kehendak suaminya, sebaliknya mengikut arahan seseorang. Gambar raya Rushdi bersama keluarga Nora. Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga dengan Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung Selepas itu, Nora mengumumkan sudah kembali bergelar isteri kepada Rushdi dalam satu majlis yang diadakan sekitar hujung tahun 2021. Penyanyi tersebut enggan menjelaskan dengan lebih terperinci berkenaan perkahwinannya dan hanya memaklumkan Rushdi merupakan sahabat baik kepada Johan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!