suria

Sweet Qismina nasihat kongsi lokasi dengan keluarga, ‘delay’ hantaran di media sosial elak dikesan

Sweet berkongsi nasihat kepada pengikut media sosial.

SUSULAN insiden menimpa abang penyanyi Aufahanie, pelakon Sweet Qismina menasihatkan orang ramai untuk berkongsi lokasi semasa kepada keluarga sekiranya berada di luar secara bersendirian.

Sweet atau Farhanna Qismina Supandi, 27, berkata, tidak kira sama ada golongan lelaki atau perempuan, penting untuk sentiasa memaklumkan keberadaan diri kepada keluarga terdekat demi keselamatan.

"Tak kisah kalau awak mahir dalam seni mempertahankan diri sekali pun, gangster macam mana sekali pun, tolong kongsi keberadaan anda dengan keluarga," katanya.

Sweet mohon orang ramai lebih berhati-hati.

Sweet mohon orang ramai lebih berhati-hati.

Sweet berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, Sweet juga mengingatkan orang ramai untuk tidak terlalu berkongsi informasi di media sosial kerana boleh mengundang bahaya.

"Orang kata kita menjengkelkan nak update 24 jam pun buatlah. Jangan rajin sangat lokasi anda di media sosial. Kongsikan selepas satu jam atau sehari selepas.

ARTIKEL BERKAITAN: Elfira Loy selalu kongsi perkara baik di media sosial buatkan Sweet Qismina terbuka hati ikut kelas agama

ARTIKEL BERKAITAN: Aufahanie mohon henti sebar foto arwah abang, hormat perasaan keluarga

"Kalau rasa tak sedap hati, jangan muat naik dulu. Orang boleh kesan lokasi dan serang anda bila-bila masa," jelasnya.

Pelakon drama Adam Chempaka ini juga turut mengucapkan takziah buat Aufahanie atas pemergiaan abangnya iaitu Nidza Afham.

Kongsi Sweet, apa yang berlaku kepada Allahyarham perlu dijadikan pengajaran buat semua untuk lebih berhati-hati.

"Biar ada privasi di media sosial tetapi bukan dengan keluarga. Nasib arwah (abang Aufahanie) kongsi aktiviti dia.

"Kalau tidak, kita tidak akan dapat tahu. Salam takziah Aufahanie," katanya.

Sweet menasihati masyarakat untuk tidak berkongsi informasi peribadi kepada umum.

Sweet menasihati masyarakat untuk tidak berkongsi informasi peribadi kepada umum.

Pada pagi Rabu, Aufahanie berkongsi berita kehilangan Nidza dan memohon bantuan orang ramai mengesan atau memberi sebarang maklumat berkaitan kehilangan abangnya itu.

Nidza yang berusia 23 tahun juga merupakan seorang penyanyi dan pernah tampil dalam sebuah program realiti bersama Aufa.

Namun tidak sampai 24 jam pencarian, Allahyarham ditemukan sekitar pukul 7 malam kira-kira satu kilometer dari lokasi Nidza dilaporkan hilang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain