TIADA angin tiada ribut, seorang individu mendakwa pelakon Zara Zya merampas suaminya menerusi perbualan mesej di laman Facebook. Berang dengan tuduhan yang dilemparkan, Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 39, menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak berasas serta tidak benar. Katanya, dia tidak ambil pusing dengan tuduhan tersebut kerana menganggap individu yang mengirim mesej berkenaan seperti kurang siuman. Zara berkongsi mesej tersebut menerusi InstaStory miliknya pada Rabu. "Dakwaan perempuan itu memang sangat tidak berasas, macam tiba-tiba saja. Penyondol celah mana sedangkan saya tak pernah ke arah itu pun. "Daripada situ saya dah boleh agak yang dia tak berapa 'sihat' tapi saya tertanya jugalah macam mana orang begini boleh ada akaun sosial media sendiri," katanya Ketika dihubungi mStar pada Rabu. Sebelum ini, Zara berkongsi tangkap layar mesej dari seorang individu yang menuduhnya 'menyodol' suami orang serta menghina rupa paras seperti seekor haiwan. ARTIKEL BERKAITAN: Bapa pilih tutup mulut, tiada sekelumit perasaan benci terhadap Zara Zya - “Sampai syurga itulah ayah dia” ARTIKEL BERKAITAN: “Anak orang lain ditimang-timang” - Zara Zya minta jangan tanya fasal bapa, dah lama pendam perasaan Dalam pada itu, Zara meluahkan kebimbangan kerana sentiasa menjadi mangsa serangan peminat fanatik yang terlalu obses terhadapnya. "Sangat menakutkan, sebab selalunya golongan lelaki sahaja yang suka serang saya dan tak pernah pula seteruk ini. "Selepas jadi macam ini makin bertambah risau, dan saya perlu beringat tak kisah jantina setiap orang berisiko mendatangkan bahaya sebenarnya," jelasnya Zara serik sering menjadi sasaran peminat fanatik. Mengulas lanjut tentang langkah keselamatan untuk menghalang perkara itu daripada berulang, Zara memberitahu dia hanya mampu menyekat pihak tersebut dari terus menghubunginya. Sekiranya terpaksa bersemuka dengan 'golongan' tersebut, Zara akan memastikan dirinya dikawal rapat bagi menghindari perkara tidak diingini berlaku. "Saya sudah bloCk individu tersebut tapi setakat itu sajalah. Kalau dalam sosial media senang tapi kalau bersemuka macam mana kita nak halang kalau ada yang cuba apa-apakan kita. "Sebab itu saya kalau nak jumpa orang ramai, memang akan ada orang yang jaga saya misalnya pengawal peribadi dan sebagainya," kongsinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!