suria

Setahun terlantar sakit, Lee Min Ho dedah pernah terlibat kemalangan gara-gara pemandu mabuk

Min Ho dedah pernah menjadi mangsa kemalangan pemandu mabuk.

PELAKON Lee Min Ho mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa kemalangan disebabkan oleh pemandu mabuk.

Menurut Lee Min Ho, 37, kenderaan yang dipandunya dirempuh sehingga menyebabkan kemalangan tragis berlaku pada 2006.

"Kemalangan itu menjadi berita utama di Wilayah Gangwon kerana ia membawa maut.

Untitled design

Min Ho berkongsi perkara itu menerusi rancangan televisyen tvN.

"Semua orang di dalam kereta pemandu mabuk itu kehilangan nyawa," katanya.

Min Ho berkongsi perkara itu ketika muncul dalam rancangan televisyen You Quiz on The Block pada Rabu.

Akibat kemalangan itu, Min Ho mengalami kecederaan serius termasuk beberapa patah tulang serta disahkan menghidap aneurisme otak.

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Min Ho serius nak kahwin, pasang impian ada anak sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Dah tak handsome! Peminat terkejut tengok wajah tembam Lee Min Ho

Pelakon itu turut memberitahu bahawa proses pemulihannya mengambil masa dalam setahun.

"Saya menghabiskan hampir setahun di hospital.

"Saya hanya terbaring, tidak mampu berbuat apa-apa," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain