KETIKA sedang berdepan perbicaraan kes dadah, pelakon Yoo Ah In dilihat membuat keputusan untuk menjual kediamannya.
Rumah terletak di Itaewon, Korea Selatan itu dibeli atas nama kanak-kanak berusia tujuh tahun dengan harga 6.3 bilion Won iaitu kira-kira RM 26.46 juta secara tunai.
Menurut laporan media tempatan, kanak-kanak dikenali dengan nama Park itu dilahirkan pada Julai 2017 dan pemindahan milik telah dilakukan pada 19 November lalu.
Rumah Yoo Ah dibeli oleh seorang kanak-kanak berusia 7 tahun.
Pemilik baharu itu dipercayai merupakan anak kepada pasangan Ketua Pegawai Eksekutif jenama fesyen terkenal berdasarkan alamat yang didaftarkan.
Rumah itu pernah dipamerkan dalam program hiburan MBC I Live Alone sebelum dijual lebih rendah daripada nilai pasaran.
Pelakon itu kini menghadapi kes mahkamah atas tuduhan penyalahgunaan dadah termasuk penggunaan propofol sebanyak 181 kali.
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada bukti kukuh, siasatan kes Yoo Ah In cabul lelaki digugurkan
ARTIKEL BERKAITAN: Beri dos berlebihan kepada Yoo Ah In, doktor didenda RM131,000 langgar etika perubatan
Dia juga didakwa mendapatkan lebih 1100 biji pil tidur secara haram dan menghisap ganja tiga kali di Amerika Syarikat.
Dalam perbicaraan pertama, pelakon itu didapati bersalah atas kes penggunaan ganja dan penyalahgunaan propofol.
Dia dijatuhi hukuman penjara satu tahun, denda sebanyak 2 juta Won (RM 6,081.28), jalani pemulihan dadah selama 80 jam dan rampasan wang sebanyak 1.54 juta Won (RM 4,580.28).
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!