BELUM cukup setahun mengambil Lily sebagai anak angkat, Nagita Slavina mendedahkan kanak-kanak itu sudah pun menerima pelbagai tawaran menjadi duta produk. Meskipun belum menerima tawaran berkenaan, Nagita berkata dia sudah merancang untuk menyimpan pendapatan Lily itu untuk masa depan kanak-kanak tersebut. "Banyak produk yang tawar Lily jadi brand ambassaror. Tapi saya belum terima lagi tawaran tersebut. Raffi turut membenarkan Nagita menerima tawaran tersebut buat Lily. "Tak mengapa, kita simpan duit itu dahulu untuk tabungan dia masa depan," katanya. Bukan itu sahaja, suami kepada Nagita iaitu aktor Raffi Ahmad turut bersetuju membenarkan Lily melakukan perkerjaan tersebut. "Lily nak jadi bintang iklan? Boleh saja. Yang penting dia sendiri mahu," jelasnya. ARTIKEL BERKAITAN: Baiknya hati Raffi Ahmad, bantu pelawak Nunung buka kedai makan... “Inilah kawan sejati!” ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 3 kali batal, Raffi Ahmad akhirnya bakal tunai haji bersama keluarga tahun ini Sebelum ini, kehadiran Lily dalam kehidupan pasangan berkenaan sejak tahun ini mengundang spekulasi netizen sehingga ada yang mempersoalkan status bayi tersebut. Setelah sekian lama berdiam diri, Raffi akhirnya mengaku mengambil Lily daripada sebuah rumah anak yatim pada Ogos lalu. Untuk rekod, Raffi dan Nagita berkahwin pada 17 Oktober 2014 kemudian dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Rafathar dan Rayyanza. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!