SETAHUN menyulam cinta, penyanyi Dua Lipa dan teman lelakinya iaitu pelakon Callum Turner dilaporkan sudah mengikat tali pertunangan. Khabar gembira itu disahkan rakan terdekat pasangan berkenaan yang enggan didedahkan namanya. Katanya pasangan berkenaan mengikat tali pertunangan mereka semasa menyambut perayaan Krismas pada Rabu lalu. Antara foto yang dikongsikan Lipa di Instagram miliknya. "Lipa dan Turner sudah bertunang. Mereka sangat gembira dan sedang dilamun cinta. Mereka berharap hubungan tersebut akan berkekalan. "Turner juga menyokong kerjaya Lipa sebagai seorang penyanyi," katanya memetik The Sun. Tidak hanya itu, Lipa juga dilihat memuat naik beberapa foto di Instagram miliknya sambil menayangkan cincin bertahta berlian di jari manisnya. ARTIKEL BERKAITAN: Dua Lipa batal konsert di Jakarta saat akhir, pentas tak tepati piawaian keselamatan ARTIKEL BERKAITAN: Dua Lipa batal pelancaran muzik video, bimbang elemen peperangan singgung perasaan masyarakat Palestin Untuk rekod, hubungan Lipa dan Turner mula dihidu peminat pada Januari lalu ketika mereka hadir bersama untuk tayangan siri mini Masters of the Air. Bagaimanapun tidak lama itu mereka mula kerap memuat naik foto bersama sekali gus mengesahkan hubungan mereka. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!