KECOH khabar angin telah bercerai dengan Koh Apex, selebriti terkenal Indonesia Dinar Candy tampil memberikan penjelasan berhubung spekulasi berkenaan. Menurut Candy, 31, berita tular itu tidak benar sama sekali kerana dia dan Apex masih belum mempunyai hubungan yang sah. "Tidak ada, sepatutnya kami bernikah pada Jun 2024 tetapi Koh Apex keliru. Candy menafikan sepenuhnya tuduhan diceraikan Apex. "Kahwin dengan apa? Tak ada, isu itu tidak benar. Saya pening dengan apa yang berlaku," katanya kepada Detik pada Sabtu. Sebelum ini tular kononnya Candy sudah bercerai kerana dilihat keluar makan bersama seorang usahawan yang dikenali sebagai Julai. Menurut hantaran Instagram yang dimuat naik oleh @lambe_danu, dikhabarkan penceraian itu dilakukan menerusi panggilan video. ARTIKEL BERKAITAN: Dinar Candy berang dituduh sondol suami orang, kumpul bukti heret pemfitnah ke muka pengadilan ARTIKEL BERKAITAN: DJ Dinar Candy tolak tawaran tunai umrah secara percuma, sambut Ramadan bersama keluarga di Makkah Candy bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya pihak media mengenai status hubungannya bersama Apex. Malah selebriti itu mengatakan bahawa dia kini sedang sibuk dengan kerjayanya dalam industri seni. "Tiada komen. Saya tidak mahu risau tentang sebarang hubungan. Saya sedang sibuk bekerja," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!