suria

Sahabat dedah tabiat Salman Khan suka telefon lewat malam, marah kalau tidak berjawab

Mika dedah Salman marah jika panggilan tidak berjawab.

PENYANYI Mika Singh mendedahkan pelakon Salman Khan berang jika panggilannya tidak dijawab pada larut malam.

Kata Mika, 47, bintang Bollywood Salman memiliki tabiat membuat panggilan pada lewat malam.

"Salman dah macam abang. Jika anda terlepas panggilan pada pukul 2 atau 3 pagi, dia akan marah.

Untitled design (13)

Mika dan Salman bersahabat sudah bertahun lama.

"Dia tidak memikirkan sama ada orang lain mungkin sedang tidur," katanya.

Mika berkongsi perkara itu semasa sesi temu bual bersama The Lallantop.

Dalam pada itu, penyanyi itu berkongsi pengalaman di mana Salman menghubunginya pada tengah malam ketika dia berada di Bali.

ARTIKEL BERKAITAN: Salman Khan jadi sasaran bunuh kumpulan gangster, beli kenderaan kalis peluru demi keselamatan

ARTIKEL BERKAITAN: Tembakan sekadar amaran buat Salman Khan, polis berjaya berkas 2 suspek

Salman membuat panggilan hanya untuk berbincang mengenai lagu ciptaan Mika berjudul Hangover.

Walaupun terpaksa berdepan tabiat pelik pelakon itu, Mika tetap menghargai persahabatannya itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain