suria

Krisdayanti Beri Hadiah Sepatu Dari Jerman Untuk Anaknya

PENYANYI Indonesia iaitu Krisdayanti menghadiahkan anaknya iaitu Aurel Hermansyah sepasang kasut sempena ulang tahun ke 16.

Menurutnya, ia adalah permintaan daripada Aurel sendiri yang mahukan kasut tersebut dan ia sukar untuk didapati.

Krisdayanti terpaksa mencari kasut istimewa tersebut di negara Jerman.

"Dia mahu sepatu tetapi sepatu itu tiada di Jakarta, sepatu itu memang sudah lama dia minta, kelmarin saya pergi ke Jerman untuk mencari sepatu tersebut," katanya seperti dipetik Detikhot.com.

Sementara itu, Krisdayanti turut mengulas tentang kereta Honda Jazz yang dihadiahkan oleh bekas suaminya Anang dan Ashanty.

Katanya, ia adalah hasil kerja keras Aurel sendiri.

"Itu adalah ganjaran kerja keras dia sendiri. Ayah dan bondanya izinkan dia pergi penggambaran hingga larut malam.

"Anak saya juga punya disiplin, Aurel beritahu dia berkerja kerana mendapat kebenaran daripada Anang sendiri," katanya.
Krisdayanti, Indonesia

Artikel Lain