SELEPAS keluar daripada Girls Generation, Jessica Jung kini sibuk menggembangkan perniagaan fesyennya jenama Blanc & Elcare. Biarpun perniagaan tersebut berusia dua tahun, namun ia sudah memasuki sebanyak 63 cawangan di Asia, Eropah dan Amerika Utara. Terbaharu, jenama itu sudah diperluaskan di lokasi yang terkenal sebagai dunia fesyen iaitu New York. Pada awal tahun lalu, Jessica membawa masuk cermin mata di beberapa butik di New York. Butik milik Jessica iaitu Blanc & Elcare. Produk tersebut mendapat sambutan sehingga membuatkan dia merancang untuk menawarkan barangan aksesori, kosmetik dan pakaian dalam masa terdekat. Bagaimanapun, netizen beranggapan harga yang ditawarkan terlalu mahal tidak setanding kualiti sebenar produk itu. "Harga barangan Jessica terlalu mahal dan tidak mampu untuk golongan sederhana, namun jika saya orang kaya, lebih baik saya beli barang yang sudah tentu berjenama dengan harga itu," kata netizen.