Seperti dipetik TMZ, suami Kim Kardashian itu mendapat rawatan sejak minggu lalu akibat mengalami tekanan perasaan.
Menurut sumber, penyanyi lagu Famous itu sering berasa takut dan paranoid.
Malah, doktor yang merawatnya juga tidak dibenarkan untuk menyentuh tubuhnya.
Pihak keluarga sedang berusaha untuk membawa penyanyi itu pulang dan emndapatkan rawatan secara peribadi di rumah.